Sunday, February 24, 2013

Ibu


                          بسم الله الرحمن الرحيم


Ibu. . Ibu. . Engkaulah ratu hatiku. *nyanyi*

Okey Cik Siti bukan nak cerita pasal ibu Cik Siti sebenarnya. Saja nak kongsi apa yang bagi Cik Siti kebanyakan dari kita hadapi bila berdepan dengan ibu kita. Terutamanya para gadis. Tapi benda ni tak wajib betul dan harus salah *pinjam ayat Dr. Tuah*

Masa kecik ibu adalah orang yang paling Cik Siti suka. Masuk sekolah menengah ibu adalah orang yang paling banyak mempunyai perselisihan pendapat dengan Cik Siti. Dengan mulut potpet. Aduh memang tak suka habis lar. 

Tapi dengan berjalannya masa, Cik Siti mula terasa persefahaman dengan ibu. Tapi melalui telepon je lar. Kalau face to face tetap tak berapa ngam jugak. Yang bestnya bila kononnya lar Cik Siti ni dah dewasa *lar sangat* so banyak pendapat Cik Siti yang dah tak lagi berselisih dengan ibu. Yey. Sampai sekarang ni kadang2 ibu kena jadi tukang dengar pulak potpet Cik Siti. Hah dulu kata ibu sekarang potpet telah berjangkit. 

Tapi. . Tapi lagi, betullah yang macam ada post kat FB yang depa pasal ibu tu. Alah yang cakap masa kecik sampai besaq kita dengan ibu tu. Tak tahu jugak ?? Taktau sudah! *tetiba emo kan*

Kesimpulannya kat sini bila berhadapan dengan insan yang melahirkan kita ni, kita kena banyakkan positive thinking. Kita kena analisa tiap apa yang dicakapkan kepada kita. Cik Siti pernah baca satu ayat yang cakap "kita kena dengar cakap mereka kerana mereka lebih banyak makan garam dari kita tapi tu jugak tak bermakna yang mereka selalu betul". So masing2 dah matang dah dewasakan, pandai-pandailah nak buat apa pon.

Tolong ada yang faham matlamat post panjang berjela tanpa gambar ni. Walaupon Cik Siti sendiri tak berapa nak faham sama ada hampa faham atau tak apa yang nak disampaikan

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~