بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan ini maka bermulalah blog ini dengan nama yang baru serta tujuan yang baru. cewah ada macam YB nak rasmikan projek tak ??
Selama ni Cik Siti menulis blog atas dasar trend. Takpon atas dasar merapu. Oleh itu semua post yang lalu telah dipadam dan link blog juga telah ditukar. So jadi cam blog baru lar kan.
Cik Siti masa tengah mandi terfikir yang sia-sia Cik Siti ada blog tapi takda apa yang Cik Siti dapat. Pembaca pon dapat menyampah dan meluat ja. Jadi Cik Siti pon ubah blog ni dengan matlamat yang baru iaitu blog ni akan jadi tempat Cik Siti beletiaq. Almaklumlah nak tulis kat twitter tak boleh lebih 140 huruf, kat FB panjang2 takda sesape nak baca. Kat blog boleh tulis berjela-jela seperti yang dimahukan dan kalau takda sesape nak baca. . . lantaklah. Muahahaha.
Blog ni pada masa akan datang akan membincang kan topik topik hangat. Okey lakonan semata mata. Blog ni nanti sebenarnya hanya akan dipenuhi dengan semua pengalaman, pandangan Cik Siti mengenai kehidupan atau apa apa saja isu yang Cik Siti rasa tak puas hati atau bertentangan dengan pendapat Cik Siti. Mungkin topik yang Cik Siti setuju hanya akan ada sikit ja kot. Nak buat macam mana virgo memang seorang pengkritik. Eh yeke??
Ni nak habaq, Cik Siti ni suka sangat dengan sastera. Kau bagi lah puisi jenis apa pon, pantun pon, cerita zaman dahulu kala yang bahasa dia yang hatta segala tu. Sesungguhnya dengan mudah Cik Siti boleh faham, permudahkan. Hampa mesti cakap "ada aku kisah". Hah memang sekarang hampa tak kisah tapi nanti time Cik Siti keluarkan bahasa bunga- bunga masa tu lah hampa nak geli lar apa lar. So Cik Siti habaq ni seolah olah precaution lar untuk sapa sapa yang tak suka tu.
Tengok lar perasmian pon dah panjang berjela. Nak buat camna dah nama pon suka potpet potpet kan.
Hai cik siti azy......tumpang laluuuu
ReplyDeleteAipp jangan lar bongkar rahsia saya. Terbongkar lar penyamaran. Hukhukhuk. Jeles blog nina lagi cantik
Delete