Thursday, August 1, 2013

Cerita sebalik balik kampung yang seronok

Assalamualaikum and hii..

Taksampai lagi 24 jam akan pulang ke pangkuan bonda ayahanda dan adinda. Dah hampir ENAM BULAN tak balik. Kalah kawan2 yang study kat overseas. Tapi ni lah nasib orang tak pandai dan orang susah. Terpaksa berkorban. Suka tak suka memang kena bekorban. Nak menangis dah tak larat nak menangis dah bab bekorban ni.

Ok tutup cerita sedih. Sekarang kita pikir balik ye anak2. Tapi takleh seronok dulu. MAcam semester yang lepas2 selalu jadi konflik sebab jumaat yang takde kelas, time jumaat last sebelum cuti raya tu jugak lah lecturer nak baut kelas ganti. AlhamdulliAllah tahun ni tak jadi masalah macam tu, tapiiiiiii ASSIGNMENT banyak gila yang due date dia hari last kelas lar. Tu takpe lagi, paling parah esok dah nak balik hari ni lecturer boleh lagi bagi ketas mahjong "balik ni buat tajuk acynotic heart disease esok present, ptg awk gi lab siapkan play therapy awak" OMAIIIIIIII..... Tuhan je tahu betapa takde hatinya nak buat, tapi well for me the more pressure i get the more i perform. Macam pasal ketas mahjong tu, takpenah2 seumur hidup buat mind map, boleh siapkan mind map yang for me cantik tak tahu lar orang lain. Tapi serius esok kalau ada yang komplen boleh nangis jadinya.

Masalah lain bila nak balik ialah baju baru nak dobi. Ini takyah cakap lah bila nak balik ja taknak cuci baju pakai tangan, nak hantar dobi dua ringgit. Takpe2 takde masalah, yang masalah nya malas nak gi kutip balik memangdang kan tempat dobi tu jauh. Jangan lupa ambik terus balik sudah. Mau berkulat baju tu terperuk seminggu.

Masalah terakhir : Disebabkan malam sibuk siapkan esaimen sampai pukul 2.10 pagi then update blog sampai hampir pukul 3.00 pagi then nak tido kejap. Pukul 5 bangun sahur. After that lar kot baru nak packing barang balik. Ini akan menyebabkan ada ja nanti bila dah sampai Kedah yang akan cakap "alaaaaa itu tak bawak balik ini tertinggal.


moral of the story : Jangan suka last minute ya anakanak. Kalau diri sendiri ni bukan taknak berubah, dah cuba dah tapi tak boleh *alasan klise*

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~