Assalamualaikum and hii....
Saat dahku menaip entry ini dahku sangat2 gumbira even 20 minit yang lalu mood dahku berada di tahap paling bahaya. Sampai simbol tengkorak naik lar. Gumbira tetibe sebab cakap dengan ibu.
Well tiap hari pon ekceli cakap dengan ibu minimun 30 minit 3 kali sehari. Bilangan dia kena sama dengan arahan yang bagi kat patient untuk home exercises programme.
Sebenarnya nak cerita betapa eksaited nya sebab ini merupakan hari pertama join contest/ giveaway. Walaupon dah bertahun2 melepak dekat blog tapi baru hari ni ada kekuatan nak join menda camni. Sebab utama nak join ialah DORONGAN IBU. Ibu siap buat ayat tersurat yang mengatakan bahawa ibu menyokong dan menyepot *read as meng-support* anak ibu join benda2 camni.
Ibu siap cakap ala kak masuk ja bukan kena duit pon kan, ala kalau kena duit pon takpe bayar lar. Huu3. Kata ibu apa salah nya masuk benda camni, boleh jugak tengok diri tu boleh buat apa selain menghadap buku medical padahal tak lulus jugak pon. Hehe terima kasih ibu atas sokongan anda. Saya sayang ibu.
: Tak sabar nak balik lusa, nak tengok ibu abah adik yang dah 6 bulan tak jumpa. Raya tu perkara kedua
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~