Assalamualaikum and hi...
Tadi masa mandi masa dalam bilik air tu lar selalu pikir macam2 terus terilham dan terperasan yang tiap wanita tu cenderung memberi lebih perhatian terhadap anggota badan yang dipuji.
Contoh : Kalau gadis itu memang tidak dinafikan yang dia cantik dan dia tahu benda tu, boleh tengok barang penjagaan muka berlambak. Guardian ngan Watson pon tak boleh tanding dia punya banyak. Kalau nak kemana2 dah ada satu beg khas untuk barang make up je. Betull cuba perhati. Bukan perhati je tapi banding dengan gadis normal.
Yang boleh cakap ni sebab dah bertahun2 duduk asrama dan boleh tengok kalau si polan ni memang semua cakap dia cantik, gi lar melawat bilik dia. Dalam loker tu satu bahagian atas tu untuk penjagaan muka je. Dan perkara ni selalu jadi bila semua orang cakap dia cantik dan lama2 dia sedar yang dia tu cantik. Ala normal lah sebenarnya sebab dah orang kata kita cantik then kita baru tahu oww aku cantik rupanya, mestilah kita nak jaga menda tu agar orang terus terusan puji kan.
CS plak sebab tak penah ada orang puji cantik so apa satu penjagaan muka pon takdak. Yang ada bedak compact semata2. Facial wash, moisturizer, toner pe benda lagi semua takde. Yang orang cakap paling asas facial wash pon takde. Cek men hentam life bouy je kat muka pon. Ganas tak ganas. Laki pon tau nak guna fair & lovely oi.
Tapi CS lagi cenderung jaga kuku dan rambut. Sebabnya... sama je konsep dengan orang cantik tadi. Kalau orang lain pergi mana2 ada beg make up, CS pon ada tapi dalam tu penuh dengan pelbagai jenis sikat, minyak rambut dua jenis, kepit kuku 2, 3, pengasah kuku. Benda lain yang memenuhkan adalah ubat ubatan. Kawan2 panggil farmasi bergerak sebab sebut je nak ubat apa semua ada. Ye lar dah kita tahu kita tu jenis senang jatuh sakit haruslah semua jenis ubat pon ada. Nampak lar sikit usaha taknak sakit kat situ.
Tapi apa pon kecenderungan dalam menjaga kecantikan badan, kepada gadis2 sekalian, tolong jangan tertumpu kepada satu je. Jaga keseluruhan. Sebenarnya CS pon baru sedar je semua ni. Hik3. Tu pon lepas ada kawan yang dah kawin so terpikir kalau camni lar badan aku, malu oi nak berlaki. Nanti dah berlaki pon dalam rumah berlitup habis sebab daki sana sini. Jatuh saham !
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~