Tuesday, July 16, 2013

Sesi Luahan

Assalamualaikum dan hiii...

Sebelum memulakan sesi luahan (rungutan) kita hari ini sukacita dimaklumkan bahawasanya Cik Siti Minah kita ni merupakan seorang pengkritik tegar dan selalu atau boleh dikatakan jarang puas hati dengan apa yang berlaku disekeliling hidup beliau yang porak lagi peranda.

Dengan ini kita mulakan sesi kita dengan perkara-perkara seperti berikut :

1. Roomate baru.    CS dapat roomate baru sebab roomate yg dulu kena pindah bilik memandangkan dia intersesi. Sekarang satu rumah ni budak nursing degree yang gila punya tak mesra alam. Ahh stress tau. Bukan nak suruh tegur ramah macam CS ni retis sgt. TAK. Cuma jangan lar kerek sgt. Dan paling tak suka kalau CS tak kacau org dan boleh bertolak ansur tp pihak lawan sebaliknya. Macam dalam bahas bila pihak kerajaan dengan pembangkang tak gu orang Kedah kata. Bila jumpa dengan orang camni memang cepat je lar darah berapi ni naik. Errrggghhh sabar je sekarang. Jangan sampai dia mulakan dulu sudah. CS senang je aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.

2. Menu berbuka.    Ya Tuhannnn ikan keli kat kafe cenonet. Terpaksa call ibu order siap2 nak ikan keli bila balik cuti raya nanti. Bukan apa bila bulan puasa ni kalau tak order anak tokey keli pon tak dapat makan keli sebab semua berebut2 membeli keli untuk anak cucu yang balik raya nak buat keli bakar katanya. Makcik2 yang beli keli selalu cakap benda ni. So cakap siap2 tak kira balik kali ni kak tamau lauk lain.Nak keli ja. Nak yang besar2. Hah sekali mintak haruslah demand kan

Tu sahaja buat kali ni. Tetiba tengh taip lupa nak cakap apa yang semangat tadi sebelum bukak dashboard.


No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~