Thursday, July 18, 2013

Betapa Beruntungnya

Assalamualaikum dan hii....

Selalu terpikir, bukan selalu tapi tiap saat terpikir yang betapa beruntungnya Ibu.

Ibu dapat suami yang hensem, berilmu agama dan tak kurang juga  ilmu duniawi.

Suami ibu jugak gentlemen. Gentlemen macam mana ?? Nak definisi yang mana?? Jenis yang bukak tutup pintu kereta ?? Ye suami ibu akan wajib bukak dan tutup kan pintu kereta jika pintu itu berada disebelah beliau. Bukan sahaja untuk ibu tapi jugak untuk anak-anak perempuan ibu. Tak faham ?? Susah lar nak terang, buat-buat je faham. Nak definisi gentlemen dari sudut islamik?? Jadi imam solat ?? Semestinya. Cium dahi isteri tiap kali nak kemana-mana?? Tentunya. Bukan dengan ibu ja, dengan anak-anak ibu juga begitu.

Suami ibu seorang yang setia. Suami ibu akan bawak ibu keman-mana sahaja yang beliau pergi. Bak kata orang Kedah. Sampai jamban pon pi sekali. Haippp jangan pikiq kot len. Contoh disini bila keluar, ibu nak pergi toilet suami ibu pon tak tunggu je kat luar tapi mesti masuk toilet jugak.

Suami ibu pandai shoppinggggggg. Ini paling best. Suami ibu takkan tinggal isteri dan anak2 pergi shopping. Mesti beliau ikut sekali. Dah jumpa barang berkenan?? Panggil beliau untuk sesi penilaian. Beliau akan pastikan pilihan kita tu samada betul2 cantik untuk kita atau tidak. Sebab benda yang dimata kita cantik tak semestinya bila kita pakai cantik dimata orang. Dan kalau dah sesuai sebelum bayar beliau akan check lagi bagi memastikan barang yang kita pilih tu sempurna. Kalau tak jumpa yang berkenan pulak?? Beliau akan mencari seorang diri dan bawak balik apa saja yang kita nak. Dan hasil nya tidak pernah lagi mengecewakan. Bahkan andai pilih sendiri mungkin takkan secantik itu. Setakat ini jika bersaing pastinya pilihan suami ibu sangat cantik. Ini jugak diperakui oleh semua kawan2 ibu dan mak saudara tiap kali lihat apa saja yang ibu dan anak2 ibu pakai.

Kajian menunjukkan seorang anak perempuan akan lebih tertarik untuk mencari suami yang paling hampir dengan sifat bapanya. Begitu juga sebaliknya bagi anak lelaki. Ini bagi kes keluarga sihat. Bukan sihat tubuh badan akal dan jiwa tapi sihat hubungan kekeluargaannya.

Oleh itu saya sesungguhnya memang berharap dapat suami macam suami ibu. Plus sifat2 yang tidak saya nyatakan disini seperti memahami dan bertolak ansur.


Ni teddy yang beliau beli. Yang ni lar peneman di kala malam di kolej


Jam Blue Sister berbentuk pedai ayam ( mangga) Dua2 nama makanan -.-

Kasut terbaru. Ganti yang hilang katanya. Tapi ni dah dekat raya so sayang nak pakai. Nak tunggu raya. hik2


Dua contoh baju kurung. Dua2 ni feveret. Yang pink memang tiap kali pakai ada ja orang puji baju cantik. 


Dann tadaa !!! Inilah beliau :)

Kalau nak ikut kan dari dalam sampai luar, dari atas kepala sampai bawah kaki semua beliau yang belikan. Sebab kalau pilih sendiri tak sepuas hati beliau yang belikan. Serius sampai sekarang. Sampai nya seluar sendiri pon taktahu saiz berapa, penah try beli sekali tapi balik rumah pendek -.-

Itu saja coretan akibat rindu 6 bulan tidak berjumpa dan dengar suara :)

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~