Friday, December 20, 2013

Peperiksaan Menentukan Halatuju Hidup

Subjek: Masa Depan

Kertas 2

Kertas ini mengandungi DUA soalan. Jawab semua soalan


Soalan 1: Apakah perancangan anda jika berjaya menamatkan pengajian diploma tahun hadapan? Huraikan kenapa?

Jawapan:

 Seandainya saya berjaya menamatkan pengajian saya yang bakal ditentukan oleh profesional exam dapat saya selesaikan dan berjaya lulus, saya hanya mempunyai dua pilihan iaitu menyambung semula pengajian atau terus berkerja.

 Jika saya mendapat rezeki untuk sambung belajar saya bercadang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama tetapi di universiti berlainan. Buat masa sekarang universiti yang saya idamkan ialah UKM. Entah kenapa sekarang setiap kali saya menyebut nama uni tersebut saya menjadi terlampau teruja yang mana boleh diumpamakan seperti orang jatuh cinta. Kenapa saya pilih UKM tidak saya tahu. Jatuh cinta lah katakan. Cinta tu kan buta :D.

idaman kalbu


 Sesungguhnya buat masa sekarang saya belum terfikir nama uni lain untuk saya sambung belajar. Alasan kenapa saya tidak mahu menyambung di universiti yang sama adalah kerana saya ingin merasa suasana yang lain serta membina jaringan yang lebih luas. Ini bukan bermaksud uni saya sekarang tidak bagus, tidak sama sekali.  Cuma bagi orang yang cepat jemu seperti saya untuk berada di suatu kawasan untuk jangka masa yang lama akan membuatkan saya menjadi tidak kering = lembab.

  Pilihan kedua pula ialah terus bekerja. Jika mahu terus bekerja maka saya berangan2 bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah atau dimaan-mana hospital sebagai ahli fisioterapi. Saya ingin bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah pertama kerana saya asal Kedah. Kedua kerana disitulah Abah saya diselamatkan. Saya jugak ingin berbakti disitu sepertimana doktor2 serta kakitangan lain menyelamatkan Abah.

come exercises with this physioterapist to be ;D


 Saya juga ada terfikir untuk memohon sebagai guru akan tetapi cadangan itu tidak berapa dipersetujui oleh Abah. Oleh itu cadangan ini mungkin terus menjadi cadangan sahaja.



Soalan 2: Nyatakan keputusan yang bakal anda ambil berdasarkan soalan 1. Nyatakan mengapa.

Jawapan:

 Saya akan sambung belajar kerana saya balik kepada niat asal serta cita2 asal saya untuk terus belajar selagi termampu. Selain itu pilihan ini juga bakal membuat kan saya direstui 100% oleh Ibu dan Abah serta saya boleh menjadi contoh untuk adik.

 Tetapi andai kata Tuhan menetapkan rezeki saya untuk bekerja maka disitulah saya bakal tuju.

Apa sekalipon seperti biasa saya akan cuba semuanya. Keputusan akhir saya akan serah kepada Yang Maha Esa.


p/s: dah gian sgt jawab kertas 2 BM tu yang jadi lagu ni

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~