Dikala adik sedang bersenang lenang cuti SPM kakak pulak berehempas pulas nak grad on time. Well orang tak pandai memang camni. Orang lain bila kena tanya cam air sungai je jawab aku pulak terkial-kial. Tu baru dua kali terkial, bila dah sepoloh kali mau nya kena smash terus kan. Hah masa tu air mata aku lar pulak yang mengalir cam air sungai. Hahaha.
Takleh blah wei bila kau terpaksa cover konon2 kau cool masa treat patient sedangkan patient sendiri pon boleh tengok air mata kau tu cam empangan nak retak. Patient pon aku tengok dah buat muka kesian kat aku. Tapi bila datang patient yang tak reti nak kesian aku mula lar berubah jadi iblis. Muehehe..
Tiap hari report ibu tapi disebabkan ibu pon ada masalah tambah dengan adik yang lansung tak keluar bilik yang konon nya bagi ibu abah adik dah benci diorang aku jadi bertambah serabut sampai ibu pon kadang2 aku nak termarah.
Dan lagi satu yang aku tak tahan bila aku kena marah bila buat salah tapi orang yang marah aku tu tak reti nak tunjuk kan jalan yang lurus kat aku. Dah nama pon aku buat salah maknanya aku tak tahu lar kan. Kot nak tunjuk tapi dimarah je, ajar lar sekali. Memang aku tau sendiri pon bila kau tak tunjuk. Rasa cam nak sepak je orang camni. Nasib aku lagi muda. Dan masih tahu lagi hormat tu apa.
Ok dah panjang sangat melalut tapi pasal tajuk tak sentuh lagi. Disebabkan masalah2 diatas aku telah announce kan hari cuti adalah cheat day untuk aku *padahal hari2 pon cheat day*. Aku telah tengok movie kat TS.
Aku selalu paling tak tengok cerita melayu kat wayang sebab rasa rugi. Tapi cerita ni boleh masuk kategori terkecuali. Aku ni bukan jenis senang gelak tengok cerita lawak melayu. Tengok maharaja lawak pon aku tak gelak, just senyum je tapi cerita ni dengan purata setiap 10minit aku gelak.
Wei serius cerita ni lawak. Dia cerita pasal dua budak muda yang dah hitam hatinya menjadi insaf selepas dengar ceramah UAI dari cd cetak rompak. Diorang teringin nak dengar live ceramah UAI so pengembaraan diorang pon bermulalah. Tapi seperti yang kita Islam tahu untuk mencari ilmu terutama ilmu untuk menambahkan hidayah memang banyak dugaan. So mamat dua orang ni kena lar lalui banyak dugaan sepanjang pengembaraan tu.
Di dalam kulit kacangnya, cerita ni boleh dapat 4 bintang dari aku yang bajet diva.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~