Assalamualaikum and hi everybody
Pada hujung minggu ini perut amat gembira kerana tak perlu lagi makan megi semata2. Awal2 pagi dah bangun pikir nak makan apa hari ni. Maka saat ini google pon memainkan lah peranan nya menyenaraikan menu2 yang meleleh ja tengok.
Tapi yang masalahnya bahan yang ada dalam lokar ni terhad. Yang ada cuma planta, beras, megi dengan telur. Almaklumlah buat kerja haram takkan nak buat cam dapur kat rumah pulak kan.Setelah pikir punya pikir dari 9.30 pagi sampai 12.30 hari maka Cik Debab telah memutuskan untuk buat murtabak megi makan bersama nasi kosong.
Maka nya sesi main pondok2 pon bermula. Mula2 plan nak masak apa dulu sebab semua nak guna cooker yang satu tu je. So bakal suri rumah berjaya pon merancang buat murtabak megi dulu then baru masak nasi.
Resepi murtabak megi
Sebungkus megi kari (kari baru umph buat murtabak)
2 biji telur ( maxima 3biji)
Sesudu planta ( untuk menggoreng)
Cara-cara
1. Masak megi dulu (asingkan perencah), dah kembang elok toskan ia
2. Pecahkan telur dalam megi, takpayah guna bekas asing nanti banyak kena cuci.
3. Masukkan pula perencah megi tadi.
4. Kacau sehingga sebati
5. Cairkan planta dan goreng megi tadi. Sebungkus megi boleh dapat tiga murtabak saiz berpatutan. Jangan jadi cam Cik Debab ni malas punya pasal semua masuk sekali then yang atas tak masak sebab tebal sangat. Kena goreng semula. Dah dua kali kerja. Tamau camtu tamau.
6. Jika murtabak terlampau melebar boleh jugak gulung untuk save space like mine.
Nasi kosong semua pon pandai kan takyah nak resepi sangat lah kan.
Sementara tunggu nasi masak mandi, cuci baju and solat. Ini lah yang ciri-ciri suri rumah berjaya nya. Pandai mengatur masa. Hehe. After selesai elok2 nasi pon masak. Dah kenyang sepinggan baru terasa nasi cam kering takda kuah. Terus buat kuah segera.
Air suam + pepper. Dah siap kuah. Tambah lagi sepinggan :D
Selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~