Assalamualaikum and hi
Masa tengah rawat patient ni tetibe dapat soalan " Anak ni umur berapa?"
"21"
Okey time ni terus macam...................... Aku dah 21 !!
Cepatnya dah lebih 20. Adoi dah tak muda dah.
Dikala almost semua orang dah ada calon, jeles.
Sebab nak kata takda tu sebenarnya ada. Tapi nak kata ada selalu rasa macam takda.
Jauh antara kami bukan lagi semata antara jarak.
Jauh kami sudah melebar sayap membuka semakin besar jurang antara perasaan, jiwa, dan hati.
Mungkin dia juga perasan benda yang sama. Mungkin juga tidak.
Mungkin salah dia. Yang pastinya pasti aku juga terlibat.
Akhirnya berfikir sendiri "Beriya sangat ke aku ni? Sedangkan dia biasa2 saja"
Juri dari akal memutuskan "Tiba masanya untuk berhenti pentingkan diri sendiri"
Pesalah ini harus berhenti terlalu beriya biarpon hati meronta tidak setuju.
Akhirnya akal menang dengan kepintaran atas alasan tiba masanya melihat isi hati sebenar dia.
Baru tersedar yang dulu terlampau beriya sehingga mungkin membuat dia rimas. Akhirnya malu sendiri.
Malu nak beriya macam dulu sebab lepas beberapa peristiwa berulang.
I keep tell myself " Hei stop. Yakin ke dia rasa sama macam kau rasa? Yakin ke takde orang lain selain kau?"
After that i stop jadi beriya. Stop halang dia membuat pilihan. Stop buat dia macam hak sorang.
Sebab malu takut bertepuk sebelah tangan.
Malu jadi lebih sudu dari kuah.
Malu jadi perigi cari timba.
Malu bila hidung tak mancung pipi tersorong2.
Akhir sekali malu bila sedar diri tak sebagus mana, lansung tak sempurna dan banyak kekurangannya.
Dia layak membuat pilihan dia kerana dia lelaki.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~