Assalamualaikum.
Kehadapan putera idaman yang amat saya rindui,
Bingkisan saya ini adalah kerana saya amat rindu kan awak. Tetapi dalam masa sama saya sedih sebab tiap kali kita berhubung jarang sekali akan berjalan lancar. Saya tahu sedikit sebanyak sebab utamanya adalah saya.
Saudara,
Jika awak nak tahu saya terima awak seadanya. Jangan sesekali awak rasa rendah diri. Saya akan sentiasa sokong dan bagi galakan untuk awak terus memajukan diri awak. Untuk pengetahuan awak saya dah bagitahu ibu yang andai bila awak dah berjaya tapi awak lupakan saya, saya larang ibu marahkan awak.
Sayang saya pada awak ni membuatkan saya nak awak sentiasa bahagia dan gembira walau bukan dengan saya. Walau saya terluka. Saya sanggup. Percayalah selagi saya ada awak, hanya awak satu-satunya.
Mungkin awak rasa saya ni macam-macam. Ada je yang saya jadikan isu. Saya tahu letih awak nak layan kerenah saya ni. Awak cakap sikit je saya nak terasa. Jenuh awak nak pujuk balik even dari dulu awak cakap tak pandai nak pujuk-pujuk ni.
Saya tahu kadang-kadang awak marah bila saya melampau sebab awak mesti akan terus nak tidur atau terus tak reply mesej saya. Tapi esoknya awak mesti layan saya baik-baik balik.
Sesungguhnya saya sangat bahagia even kadang-kadang terasa hati. Tahulah awak yang saya jadi camtu rasanya sebab saya terlampau sayang dan terlampau syak wasangka. Sekarang saya selalu cakap minta maaf kan?? Awak mesti marah. Untuk pengetahuan awak, saya selalu minta maaf sekarang sebab saya rasa saya selalu menyakitkan hati awak. saya nak jadi perempuan yang terbaik pernah awak sayang. Saya nak jadi yang terakhir dan satu-satunya. Bila awak marah atau terasa, saya takut.
Saya takut awak bosan dan meluat akhirnya awak tinggalkan saya. Hehe mengada kan. Saya hargai kesabaran awak selamani.
Terima kasih. hanya Allah dapat membalas keihklasan dan kejujuran awak.
Yang Benar,
Saya
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~