Assalamualaikum and hi.
Hari ini topik perbincangan gadis hari ini ialah "Salahkah aku?"
Adalah lumrah wanita banyak cakap. Beruntung gadis yang memang kurang bercakap dan kurang sifat mengumpat atau mencari salah orang lain.
Akan tetapi lai beruntung apabila seorang gadis yang banyak kekurangan tetapi masih mempunyai seorang lelaki yang sayang padanya. Tapi jangan diingat panas akan terus kepetang, mungkin akan hujan di tengah hari.
Disini seorang gadis akan berkongsi cerita tentang sifat buruknya tetapi masih disayangi oleh seorang bernama lelaki tetapi banyak yang beliau terpaksa hadapi bila terlampau banyak salah faham berlaku akibat sifatnya itu.
Gadis Zack(bukan nama sebenar) adalah seorang yang susah untuk mempamerkan sifat sebenarnya kepada orang. Zack bersyukur pada Aallah kerana ada seorang lelaki yang dia boleh jadi diri sendiri biar hanya waktu tertentu dan biarpon kadang-kadang dibenci. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya bila dia taksanggup nak beban kan ibu dia ada seorang lagi insan yang boleh dia bertumpang kasih.
Disebabkan sifatnya yang suka mencari salah orang, mulut lancang dia selalu disoal kembali lalu dia akan terus mengubah topik kerana dia tahu lelaki itu tidak suka. Dia juga sedar yang lelaki itu mahukan wanita yang baik bukan macam dirinya yang macam makcik-makcik mengumpat belakang rumah.
Masalah juga selalu timbul bila Zack selalu mencari salah lelaki itu.
Sebagai seorang kakak dan anak Zack mahu menjaga nama ibu dari buah mulut orang. Cukup lah selama ini ibu dihina dan dicaci. Orang sekeliling asyik mencari salah anak ibu hingga ada yang berkata nampak Zack bersama lelaki lain. Bukan sekali kejadian itu berulang tetapi banyak kali.
Setelah perkara itu selalu berlaku, zack bertindak merahsiakan lelaki kesayangannya dari semua orang kecuali dari ibu dan adik. zack masih boleh menarik nafas tenang bila ibu suka kan lelaki itu sehingga ibu telah pon anggap lelaki itu anak ibu biarpon tidak pernah berjumpa.
Sebagai gadis yang banyak bergaul dengan ramai orang Zack selalu rasa bersalah kerana terpaksa menyembunyikan tentang lelaki itu. Dia tahu lelaki itu pasti kecewa jika perkara ini diketahuinya. Tetapi dia terpaksa demi ibu dan demi masa depan mereka.
Zack seringkali marah kepada orang ramai yang selalu cari salah orang dan suka mengumpat tetapi Zack berserah sahaja kerana dia sedar dia juga bersifat begitu.
Menurut Zack dalam dunianya dia hanya akan mengangis kerana Abah, Ibu, Adik dan Lelaki itu. Dia akan menangis bila ketiga-tiga orang ini disakiti dan bila ketiga-tiga orang ini marah atau berkata sinis kepadanya. Dan bila itu berlaku tangisan itu akan disimpan sebagai rahsia diri sendiri selamanya. Bila ibu pernah kata Zack melampau, Adik pernah kata kakak menyibuk, Lelaki itu memberi amaran supaya mencari salah sendiri jangan selalu cari salah orang.
Zack hanya mampu menangis dan takkala itu Zack akan faham menangis tak berlagu = air mata yang mengalir laju tanpa sendu. Dan waktu itu andai soalan salahkan aku sehingga aku perlu menangis. Zack terpaksa mengaku itu memang salah dia. Salah dia tetapi dia sedikit pon tidak menyesal menyayangi insan-insan tersebut.
Okey itu sahaja perkongsian kali ini. Diharap gadis-gadis diluar sana mengambil iktibar yang dirasakn sesuai untuk diri sendiri. diharap orang lain dapat membuat keputusan yang lagi bijak dari Zack.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~