Assalamualaikum and hai.
Hari ini kita bincang sikit pasal perkataan buli dari sudut perspektif saya. Buli bahasa mudah difahaminya ialah tindas. Imbuhan 'mem' di depan membawa maksud orang yang menggunakan buli manakala 'di' bermaksud yang menerima buli.
Buli terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal atau mental. Buli fizikal adalah melibat kan aktiviti memukul, menyepak dan buli mental seperti cacian, kutukan secara melampau dan ejekan.
Buli secara fizikal terlampau umum jadi kita lebihkan secara mental. Buli secara mental terjadi apabila mangsa terganggu secara emosi sehingga peringkat parah seperti kemurungan. Mangsa buli jenis ini selalu nya terjadi pada seseorang yang kurang keyakinan diri atau terlalu menerima apa saja yang dilakukan terhadap beliau dan kadang-kadang lebih menjaga hati orang lain sehingga orang sekeliling berani mengambil kesempatan atas kelemahan ini.
Orang tua-tu pernah berpesan jika kita hendak orang buat baik kepada kita, kita yang pertama harus berbuat baik kepada orang lain. Begitu juga kita perlu menjaga hati orang lain jika mahu hati kita dijaga. Kata-kata ini ada kebaikannya bagi membina sifat mulia bagi kanak-kanank akan tetapi pada masa kini mereka perlu didik bagaimana cara meluahkan pendapat mereka dan cara mempertahan kan pendapat serta cara untuk meluahkan ketidakpuasan hati.
Perkara ini perlu agar bila dewasa mereka dapat menjadi seorang yang berkepimpinan terhadap diri sendiri dan yang paling penting tidak dibuli apabila sampai masa untuk bergaul dengan orang ramai. Seperkara lagi yang penting ialah tahu bagaimana cara memberitahu perasaan secara betul tanpa menimbulkan pergaduhan bagi mengelakkan tertekan akibat terlalu menyimpan perasaan.
Bagi sesetengah orang mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sudah menjadi pembuli secara mental. Adalah perlu untuk setiap entiti belajar menghargai pendapat orang lain dan kurangkan sifat pentingkan diri sendiri. Selain itu belajar menjadi pendengar yang setia juga penting.
Sebagai contoh ibu penulis telah mengajar sedari kecil jangan sesekali mengucapkan 'Dah tahu dah' apabila ada orang yang menyampaikan apa yang kita dah tahu. Ibu penulis juga berpesan agar diam sahaja apabila pendapat kita bercanggah dengan orang lain. Hormati pendapatnya dan secara tak lansung anda juga menghormati pendapat anda.
Diam tak beerti kalah dan beria bertelagah bukan beerti anda menang. Masyarakat kita selalu berasa menang atas setiap perbalahan apabila lawan kita diam. SALAH. Anda perlu menilai kembali siapa yang menang sebenarnya atau mungkin kedua-dua anda betul.
Bagi yang sudah biasa ditindas, disuruh itu ini. Saya salute keperibadian anda yang mengekalkan kedamaian. Tapi bagi mengelakkan kemurungan tak salah juga anda mengeluarkan kata sinis bagi menyedarkan si pelaku. Mudah-mudahan dia sedar, atau jika dia tidak sedar setidak-tidaknya anda tidak lagi menanggung sakit hati.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~