Assalamualaikum semua.
Coretan kali ini adalah berinspirasikan cerita yang terjadi kepada adik lelaki saya.
Beberapa hari ini saya kerap mengganggu dia dengan meminta gambar kami semasa kami berjumpa minggu lepas. Dia sering memberi alasan menyebabkan saya terus menekan. Akhirnya pagi tadi saya mendapat berita bahawa aweknya meninggal dunia. Patutlah dia tidak seperti yang saya kenal.
Ragu-ragu dengan berita yang dia sampaikan saya memutuskan untuk melihat FB budak perempuan itu demi mengetahui sendiri apa yang sebenarnya terjadi. MasyaAllah dia meninggal kerana pembedahan barah otak yang dijalaninya gagal. Al-Fatihah.
Pada mulanya saya sedikit ragu-ragu kesahihan berita tersebut. Masakan tidak ceritanya sama seperti drama melayu yang sering dipertontonkan kepada kita di televisyen. Tapi akhirnya saya beristighfar. Tidak mustahil perkara yang berlaku adalah realiti.
Mendengar luahan adik lelaki yang seperti putus semangat, saya terpaksa memujuk biarpon saya rasakan seperti saya salah satu watak dalam drama melayu yang mneggunakan dialog yang sama. Sangat berharap dia tidak ditiup oleh berita ini. Semoga adik kakak kuat seperti pohon tualang bukan lalang.
Kadang-kala kita terlalu dipengaruhi oleh apa yang kita terima dari media massa sehingga kita tidak lagi boleh membezakan antara realiti atau fantasi yang kita sendiri cipta. Kita lupa yang drama itu dicipta hasil ilham dunia realiti. Kita juga tidak sedar sememangnya kita merupakan watak dalam satu cereka yang sangat panjang.
Kita kadang-kadang terlupa yang Allah mampu menjadikan sesuatu yang fantasi itu menjadi realiti. Yang penting adalah kepercayaan. Dengan kepercayaan kita bukan sahaja dapat merasakan kewujudan Tuhan tetapi dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang. Dengan kepercayaan sesuatu diluar jangkaan boleh berada didalam tapak tangan.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~