Monday, February 24, 2014

Saling

Harap awak sayang saya macam mana saya sayang awak.

Ayat yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam.

Ayat ini menekankan erti saling antara dua insan. Perkara yang harus diingat ialah apabila ayat ini diucapkan, si pengucap perlu sedar setakat mana tahap sayang beliau. Tingkah laku beliau jika bersama atau tidak bersama penerima. Di belakang penerima atau di depan.

Andai kata si pengucap bermain sayang dibelakang penerima maka pengucap perlu bersedia jika penerima juga melakukan perkara sama. What goes around comes around = apa yang anda beri itulah yang anda akan terima. Allah Maha Mengetahui.

Jadi perkara terpenting bagi sesiapa yang mahu menggunakan ayat ini ialah anda harus melakukan yang terbaik yang anda rasa supaya anda juga mendapat hasil yang baik.

Sepohon anak pokok hanya akan terus membesar dengan subur jika selalu dibaja, dijaga, disiram dan diberi perhatian SEBAIKNYA.

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~