Orang tidak waras atau bahasa pasarnya orang gila dikelaskan sebagai psikologi dalam bidang perubatan atau PSY.
Nak tahu macam mana orang boleh jadi gila. Salah satu sebabnya adalah terlampau menyimpan peerasaan seorang diri sehingga menjadi pekasam didalam hati.
Setiap kita perlu meluahkan perkara yang membebankan hati kita kepada seseorang. Pilihan terbaik adalah ibu. Akan tetapi jika difikirkan tidak sesuai boleh lah memilih calon lain seperti buah hati.
Tetapi ingat, jangan terasa hati jika luahan perasaan kita tidak mendapat maklum balas yang dikehendaki. Jika tidak hanya akan memburukkan keadaan.
Sebaiknya beringatlah bahawa lain kali jangan lagi meluahkan perasaan kepada orang tersebut.
Jadi dengan siapa lagi nak diluahkan ??
Jika anda memerlukan respon kepada luahan anda, jawapannya TIADA.
Oleh itu, kawallah perasaan anda sendiri. Simpan sorang-sorang. Dan paling penting sentiasa mengingatkan diri sendiri agar terus waras.
No comments:
Post a Comment
komen2 lar ye..n_~