Sunday, December 29, 2013

Ciri-ciri bakal suri rumah berjaya

Assalamualaikum and hi everybody

Pada hujung minggu ini perut amat gembira kerana tak perlu lagi makan megi semata2. Awal2 pagi dah bangun pikir nak makan apa hari ni. Maka saat ini google pon memainkan lah peranan nya menyenaraikan menu2 yang meleleh ja tengok.

Tapi yang masalahnya bahan yang ada dalam lokar ni terhad. Yang ada cuma planta, beras, megi dengan telur. Almaklumlah buat kerja haram takkan nak buat cam dapur kat rumah pulak kan.Setelah pikir punya pikir dari 9.30 pagi sampai 12.30 hari maka Cik Debab telah memutuskan untuk buat murtabak megi makan bersama nasi kosong.

Maka nya sesi main pondok2 pon bermula. Mula2 plan nak masak apa dulu sebab semua nak guna cooker yang satu tu je. So bakal suri rumah berjaya pon merancang buat murtabak megi dulu then baru masak nasi.

Resepi murtabak megi

Sebungkus megi kari (kari baru umph buat murtabak)
2 biji telur ( maxima 3biji)
Sesudu planta ( untuk menggoreng)

Cara-cara
1. Masak megi dulu (asingkan perencah), dah kembang elok toskan ia
2. Pecahkan telur dalam megi, takpayah guna bekas asing nanti banyak kena cuci.
3. Masukkan pula perencah megi tadi.
4. Kacau sehingga sebati
5. Cairkan planta dan goreng megi tadi. Sebungkus megi boleh dapat tiga murtabak saiz berpatutan. Jangan jadi cam Cik Debab ni malas punya pasal semua masuk sekali then yang atas tak masak sebab tebal sangat. Kena goreng semula. Dah dua kali kerja. Tamau camtu tamau.
6. Jika murtabak terlampau melebar boleh jugak gulung untuk save space like mine.

Nasi kosong semua pon pandai kan takyah nak resepi sangat lah kan.

Sementara tunggu nasi masak mandi, cuci baju and solat. Ini lah yang ciri-ciri suri rumah berjaya nya. Pandai mengatur masa. Hehe. After selesai elok2 nasi pon masak. Dah kenyang sepinggan baru terasa nasi cam kering takda kuah. Terus buat kuah segera.

Air suam + pepper. Dah siap kuah. Tambah lagi sepinggan :D

Selamat menjamu selera.

Friday, December 20, 2013

Peperiksaan Menentukan Halatuju Hidup

Subjek: Masa Depan

Kertas 2

Kertas ini mengandungi DUA soalan. Jawab semua soalan


Soalan 1: Apakah perancangan anda jika berjaya menamatkan pengajian diploma tahun hadapan? Huraikan kenapa?

Jawapan:

 Seandainya saya berjaya menamatkan pengajian saya yang bakal ditentukan oleh profesional exam dapat saya selesaikan dan berjaya lulus, saya hanya mempunyai dua pilihan iaitu menyambung semula pengajian atau terus berkerja.

 Jika saya mendapat rezeki untuk sambung belajar saya bercadang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama tetapi di universiti berlainan. Buat masa sekarang universiti yang saya idamkan ialah UKM. Entah kenapa sekarang setiap kali saya menyebut nama uni tersebut saya menjadi terlampau teruja yang mana boleh diumpamakan seperti orang jatuh cinta. Kenapa saya pilih UKM tidak saya tahu. Jatuh cinta lah katakan. Cinta tu kan buta :D.

idaman kalbu


 Sesungguhnya buat masa sekarang saya belum terfikir nama uni lain untuk saya sambung belajar. Alasan kenapa saya tidak mahu menyambung di universiti yang sama adalah kerana saya ingin merasa suasana yang lain serta membina jaringan yang lebih luas. Ini bukan bermaksud uni saya sekarang tidak bagus, tidak sama sekali.  Cuma bagi orang yang cepat jemu seperti saya untuk berada di suatu kawasan untuk jangka masa yang lama akan membuatkan saya menjadi tidak kering = lembab.

  Pilihan kedua pula ialah terus bekerja. Jika mahu terus bekerja maka saya berangan2 bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah atau dimaan-mana hospital sebagai ahli fisioterapi. Saya ingin bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah pertama kerana saya asal Kedah. Kedua kerana disitulah Abah saya diselamatkan. Saya jugak ingin berbakti disitu sepertimana doktor2 serta kakitangan lain menyelamatkan Abah.

come exercises with this physioterapist to be ;D


 Saya juga ada terfikir untuk memohon sebagai guru akan tetapi cadangan itu tidak berapa dipersetujui oleh Abah. Oleh itu cadangan ini mungkin terus menjadi cadangan sahaja.



Soalan 2: Nyatakan keputusan yang bakal anda ambil berdasarkan soalan 1. Nyatakan mengapa.

Jawapan:

 Saya akan sambung belajar kerana saya balik kepada niat asal serta cita2 asal saya untuk terus belajar selagi termampu. Selain itu pilihan ini juga bakal membuat kan saya direstui 100% oleh Ibu dan Abah serta saya boleh menjadi contoh untuk adik.

 Tetapi andai kata Tuhan menetapkan rezeki saya untuk bekerja maka disitulah saya bakal tuju.

Apa sekalipon seperti biasa saya akan cuba semuanya. Keputusan akhir saya akan serah kepada Yang Maha Esa.


p/s: dah gian sgt jawab kertas 2 BM tu yang jadi lagu ni

Thursday, December 12, 2013

Ustaz, mu tunggu aku datang !

Assalamualaikum and hii everybody put your hands up

Dikala adik sedang bersenang lenang cuti SPM kakak pulak berehempas pulas nak grad on time. Well orang tak pandai memang camni. Orang lain bila kena tanya cam air sungai je jawab aku pulak terkial-kial. Tu baru dua kali terkial, bila dah sepoloh kali mau nya kena smash terus kan. Hah masa tu air mata aku lar pulak yang mengalir cam air sungai. Hahaha.

Takleh blah wei bila kau terpaksa cover konon2 kau cool masa treat patient sedangkan patient sendiri pon boleh tengok air mata kau tu cam empangan nak retak. Patient pon aku tengok dah buat muka kesian kat aku. Tapi bila datang patient yang tak reti nak kesian aku mula lar berubah jadi iblis. Muehehe..

Tiap hari report ibu tapi disebabkan ibu pon ada masalah tambah dengan adik yang lansung tak keluar bilik yang konon nya bagi ibu abah adik dah benci diorang aku jadi bertambah serabut sampai ibu pon kadang2 aku nak termarah.

Dan lagi satu yang aku tak tahan bila aku kena marah bila buat salah tapi orang yang marah aku tu tak reti nak tunjuk kan jalan yang lurus kat aku. Dah nama pon aku buat salah maknanya aku tak tahu lar kan. Kot nak tunjuk tapi dimarah je, ajar lar sekali. Memang aku tau sendiri pon bila kau tak tunjuk. Rasa cam nak sepak je orang camni. Nasib aku lagi muda. Dan masih tahu lagi hormat tu apa.

Ok dah panjang sangat melalut tapi pasal tajuk tak sentuh lagi. Disebabkan masalah2 diatas aku telah announce kan hari cuti adalah cheat day untuk aku *padahal hari2 pon cheat day*. Aku telah tengok movie kat TS.


Aku selalu paling tak tengok cerita melayu kat wayang sebab rasa rugi. Tapi cerita ni boleh masuk kategori terkecuali. Aku ni bukan jenis senang gelak tengok cerita lawak melayu. Tengok maharaja lawak pon aku tak gelak, just senyum je tapi cerita ni dengan purata setiap 10minit aku gelak. 

Wei serius cerita ni lawak. Dia cerita pasal dua budak muda yang dah hitam hatinya menjadi insaf selepas dengar ceramah UAI dari cd cetak rompak. Diorang teringin nak dengar live ceramah UAI so pengembaraan diorang pon bermulalah. Tapi seperti yang kita Islam tahu untuk mencari ilmu terutama ilmu untuk menambahkan hidayah memang banyak dugaan. So mamat dua orang ni kena lar lalui banyak dugaan sepanjang pengembaraan tu.

Di dalam kulit kacangnya, cerita ni boleh dapat 4 bintang dari aku yang bajet diva.

Thursday, October 31, 2013

Menerangkan perkara remeh

Assalamualaikum and hi..

Okey di waktu yang hening dan sejuk gedi ini saja nak tulis pasal kenapa URL blog ni kakak rapunzel dan kenapa i am declared my self as an owl. Okey here the story

First kakak rapunzel tu sebab im a big sister to my little baby who already 17 years old this years. Why she becoming rapunzel ? Because only a lucky and enthused can climb through her hair and then enter her heart. How can i tell that ?? Because untill now i never heard her say hansome to any guys. Even to my friends. I still can make sure whether hansome in her dictionary means in looking good or good looking or well behave or behave well or what. You are so difficult to read my baby. But that make you are special and interesting to be explore.

p/s : To my little baby, good luck for your big day. Do not stress out. Whatever happen our parents and me already know that you work hard for it. And always remember that we always will be with you forever after.

And nowwwww..... jeng3 *suspend effect*. We proceed to an owl. Why choose owl?? Easy answer. In dictionary said that; Owl (oul) noun; a nocturnal bird of prey with big head and larger eyes. Well i am a big head; besar kepala which means in Malay idiom sombong, tak dengar kata, melampau. Larger eyes well definitely me. Ibu always said "Kakak lagi elok pakai spek, cover sikit takde hidung tu. Mata pon takdak lar terbeliak sgt (means besar)". And long time ago when i was a messy girl one of my neighbour, Cik Harun always makes joke about my eyes. He always like "Grrr mata besarr" "Hah mata tergolek". At that time im like what the lar Cik Harun ni. But now i feel proud. Why?? Because every girl around the world force their eyes to look bigger whether with make-up or force the eyes to open bigger. Pity to their eyes. Ahah and my little also had once said "Eh mata kakak macam nak terkeluar tengok dari tepi". Hahahahaha. So after my babbling i think im explain quite well why i chose owl.

Saturday, October 26, 2013

Di Kala Hujan Turun

Assalamualaikum and hi.

This is a first weekend for my practical. For this time i end up at Hospital Selayang. Stay at Kolej UiTM Selayang.

Di kala ini hujan turun dengan lebat nya membasahi bumi Selayang. Sepertimana suasana di sini seperti itu jugak lah yang didalam hati. Okeyh jiwang is my language.

So far praktikal okey2 je. Penat jangan cakap lar. Balik je kalau 'terbaring' alamatny amemang pukul 10 lebih lar baru nak jaga balik. Jadinya nak elak tertidur balik je terus mandi. Hah time ni lar baru terkeluar gene rajin mandi dari dalam DNA.

After that merapu sekejap baru buat report sampai mata dah jadi fatigue sebab berusaha keras untuk stay still dalam position open.

Hidup jangan cakap lar dia punya huru hara. Bukan huru hara sibuk tapi huru hara dengan macam2 isu yang kena guna otak. Dahlar memang ada fakta cakap kalau guna otak lagi meletihkan dari guna anggota badan. So kalau gi praktikal tu kalau tak jadi zombi hidup lagi time2 turn patient kura2 lagi laju tu. Jenuh tahan kuap.

Dan benda paling tak best. I cant do my hobby - MAKAN. Kat sini makan dekat kafe hospital atau mamak depan kolej je. Apa cerita. Dah lar mahal tahap mencekik tengkuk. Tambah stress.

Paling tak tahan nya bila all my kesayangan tak membantu. I just need a good listener. That all.

If you can lead your ear i just wanna say im feel hard to finish my day, everyday.

p/s : Ya Allah luluskanlah aku dalam segala ujian biar dari segenap penjuru biar pon muncul dari langit atau bumi. I wanna be stronger :'(

Saturday, October 5, 2013

20-an

Assalamualaikum and hi..

Sekarang musim exam. Well disebabkan ada niat nak study tapi malas so kita berbelog lar kejap kan. Lagipon sekarang banyak benda nak cerita tapi asyik malas nak update lastly dah terlupa apa yang nak cerita tu.

Akan tetapi ada satu peristiwa yang mungkin takkan dilupakan. Ulang tahun kelahiran puteri sulung Ibu Abah yang ke 20. Yey saya dah besar *nada iklan scoot emulsion*

Seperti kebiasaannya kami tak buat sambutan apa2 pon. Hadiah lagi lar takdak. Ucapan dari orang tersayang ja yang dinanti-nanti kan.

Sehari sebelum tu depan cermin tepi meja makan sambil belek rambut cakap kat Abah "Abah kakak nak potong rambut lar tengok rambut kakak bawah tak cantik"

Pastu abah pon bagi jawapan yang mengejutkan "Ikut kakak lar, kalau nak potong esok lar masa harijadi kakak"

Terus menjerit dengan ibu sekali terkejut sebab abah ingat befday titew. Abah ni jarang nak ingat tarikh tapi kami family tak kisah sebab tahu abah syg kami.

Maka nya pada hari tersebut potong lah rambut ku ini buat pertama kali nya. Dah tak boleh jadi kakak Rapunzel lagi dah.

Lagi satu surprise abah bagi.... Abah suap makan pakai tangan buat pertama kalinya selama anak abah ni umur 20 tahun. Ibu macam wowwwwww.

BTW cerita hari lahir ni mungkin tak seseronok cerita orang lain tapi sudah cukup memberi kesan kepada anak rantau ni.

Sunday, September 8, 2013

Motivasi Form 4 2013 a.k.a REUNION 3rd Batch

Assalamualaikum and hi~

WARNING : KARANGAN 984pp

Perkara dah sebulan berlalu sekarang baru nak hapdet sebab malas punya pasal. 23 Ogos 2013 hari tu kami buat program motivasi untuk form4. Bukan motivasi sangat pon tapi macam sharing pasal kos yang kami amik kat u. Almaklumlah masing2 nak kos yang pelik2 kan. Program ni ekceli dah plan sejak hampir saetahun sebelum jugak lar.

So sebenar nya tarikh ni adalah lebih kurang dua minggu lepas raya. Kami kena pergi sebelum isyak kumpul kat sickbay maktab sebab after isyak tu akan ada short meting. Tetapi adalah sorang hamba Allah ni terlebih semangat.. Pukul 10 pagi dah terpacak kat sickbay. Sempat lar tido sampai pukul 3 camtu. Orang lain time tu bukan takat batang hidung, bayang pon tak nampak.

Dalam pukul 3.30 camtu budak laki ajak keluar aneka Jitra nak cari cenderahati katanya. You know what ? Ingat ada lar budak perempuan lain tahu2 sorang je. Emm layan je lar ikut pastu minum segelas air oren yang sejuk tanpa ais free tapi sampai sejam jugak lar kot.

Tetibe dapat call geng dari peneng 5 kereta dah sampai dan diorang gi beraya umah cikgu Normah. Apa lagi kami turut jugak. Time tu nasib baik dah ada sorang budak perempuan dah sampai. Bayangkan 5 6 kereta tapi budak perempuan 2 orang je. Malu beb tapi nasib mekap tebal. Muehehe.

zoom sendiri kalau rasa gambar ni micro. Almaklumlah gambar tin sardin

Time tu sebenarnya genap 24jam takmandi tapi lek2 beruk je. Balik dari meraya tu mandi habis laju ni tapi tetibe dengar dekat speaker "mana akak berdua tu". Okey malu ai. Mandi habis laju dah tu. Yang terasa sangat sebab komfem lar berdua yang dimaksudkan berdua yang pergi raya tu.

muka bajet dengar taklimat dengan tekun

Malam tu short meting kami bahagi group untuk sesi sharing je pong.

pagi hari berkenaan; kuliah subuh dan breakfast !

Setup tempat

ketibaan gadis kuparian


first slot

Pagi tu mula dengan talk oleh Najmi. Tajuk nya halatuju sebelum dan selepas SPM. Dulu masa batch kami Cikgu Samsudin yang bagi sekarang Najmi amik alih. Pastu ada forum. Masa forum takda gambar sebab duduk belakang. Forum tu ahli panel cakap pasal laluan yang diorang pilih after SPM. Ada asasi, A level, matrik,SPC. Takde diploma. Yang ti memang tak puas hati. Kecik hati tite diploma takde.

After tu semua ada sesi sharing. Student pergi dekat group yang diorang rasa diorang minat.

my group

Lepas tu tetibe cikguu kaunselor nak jugak kami buat slot dengan form5. Tapi slot Q& A je lar. After that sesi bergambarrrrrr
1/3 dari jumlah batch. 2/3 dari yang hadir :)

sebahagian ahli homeroom


Habis je bergambar kami berbincang siapa yang balik malam tu siapa yang tak, nak stay mana semua sebab ekceli malam tu ada dinner. Akhir sekali kami semua ke rumah Cikgu Ros. Terima kasih sangat pada cikgu2 yang tolong kami malam tu. Sangat takkan dilupakan

15 buah kereta dan beberapa biji motor parking kat rumah cikgu ros

kat rumah cikgu. eden takdo sebab malu

BERSURAI :')

Monday, August 19, 2013

Physio On Air

Assalamualaikum and hi everybody...

Today i would like to present about our program at Rumah Seri Kenangan (RSK).


Hari ni si penglipur lara ni akan berusaha menulis dalam kronologi yang betul.

Pertama sekali proogram ini dinamakan Physio On Air. Kenapa On Air ?? Bukan sebab masuk radio ke apa ka tapi sebab kami keluar dari PAlam (Puncak Alam). So dia jadi macam on the air gitu. Padahal naik bas je cuma perasaan tu yang macam on air. Program kali ni jadi peserta je sebab zaman menjadi ajk sudah tamat sejak semester3. Program memakan masa selama hanya satu hari di rumah orang tua Seri Kenangan, Cheras.

Dimulakan cerita kami dikehendaki berkumpul di bus stop Angsana pada jam 4.45 PAGI dan dijangka bertolak 5PAGI. Imagine that. First word yang keluar bila tahu perkara ni ialah APA???? AWAL GILA ! Nak dijadikan cerita malam tu tak boleh tidur, pukul 2 dok kukaih2 lagi atas katil padahal pukul 4 dah nak kena bangun. Then taktahu macam mana boleh terlelap. Tiba2 fon bunyi kawan call... Tengok jam 5PAGI !! hah amik kau orang dah berkumpul kau baru bangun. Apa lagi dengan ekspress rakyatnya seterika tudung, mandi dengan pantasnya. Pakai tudung pon tak sempat pin... Masa untuk marathon. You know what ? I lari dari bangunan R4 sampai ke bus stop angsana dengan lajunya. Padahal memang seumur hidup alergik dengan lari. Selalu cool je. Dah jadi camni amik kau. Jauh nya antara bangunan ni ada dalam 500meter kot. Ke lebih. Hah dah jadi kerja pagi2 hari berlari.

Tapi nasib baik sebab elok sampai bas masih dalam get ready untuk bergerak. Jam menunjukkan 6pagi waktu Malaysia. Fuhh time tu naik bas baru amik nafas balik then pin kan tudung and kasut and what so ever kasi kemas. Kami semua solat subuh di tol mana entah. Time tu hujan agak lebat jugak lar. Kami sampai RSK dalam pukul 8.30am kot. Ada kawan cakap kami sampai 7.30am. Masa sampai tu semua mamun2 tu yang keliru sampai sekarang taktahu waktu sebenar kami sampai. Bila dah turun tu terus dapat makan. Serta merta lar senyuman terukir di wajah :)

turun ke kawan asrama penghuni


Lepas tu kami ada briefing sikit dari pengurus RSK then program pon bermula : 8.30am. Kami kena approach pakcik2 and makcik2 tu ajak diorang join first aktiviti kami which is health screening. Ada check BMI, blood pressure, MMSE (untuk check cognitive/ kefahaman) dan setiap orang diberi counsaltation :)


semua yang takjaga kaunter kena cari and bawak pakcik or makcik

BP kaunter. sebelah tu BMI belakang tu caonsaltation kaunter


10.30am aerobik akan dimulakan sekali lagi kami kena panggil pakcik2 and makcik2 tu yang mana dah menghilangkan diri lepas screening untuk datang aerobik pulak. Masa warming up semua elok lagi sampai 10minit kemudian dah jadi kareoke time sebab semua warga kat sini ligat nak menyanyi. Berebut tahu nak pegang mike.

warming up. masih cantik

antara peserta nyanyian. makcik ni pandai buat persembahan


Lepas habis bergumbira bagai kami yang hadir ni diberi tugasan untuk buat sedikit risk fall test untuk warga kat sini. Kami jugak kena buat survey tentang life diorang. Habis semua dah tengahari.

menunggu majlis penutup


Petang kami cuma diarahkan untuk mengedar cenderahati kepada semua penghuni. Selesai semua dalam pukul 3.30 mula majlis penutup dan sesi bergambar. Lepas tu balik.Semua pon mata dah takboleh bukak. Naik bas semua terus hanyut.

untuk VIPs

persembahan dari muhajirin

no caption

gambar beramai2 bersama sebahagian penghuni RSK

sempat aja sebelum balik


Cerita belakang tabir dari program ni ada jumpa makcik yang sanggup kena halau demi peluk islam, ada jumpa pakcik yang buta tapi sangat bersyukur dengan kehidupan beliau and he enjoys his life very much. With all of cerita belakang tabir banyak buat terfikir balik tentang kehidupan diri sendiri dan mengkaji untuk mengambil mana yang baik mana yang buruk


SEKIAN

Thursday, August 1, 2013

Cerita sebalik balik kampung yang seronok

Assalamualaikum and hii..

Taksampai lagi 24 jam akan pulang ke pangkuan bonda ayahanda dan adinda. Dah hampir ENAM BULAN tak balik. Kalah kawan2 yang study kat overseas. Tapi ni lah nasib orang tak pandai dan orang susah. Terpaksa berkorban. Suka tak suka memang kena bekorban. Nak menangis dah tak larat nak menangis dah bab bekorban ni.

Ok tutup cerita sedih. Sekarang kita pikir balik ye anak2. Tapi takleh seronok dulu. MAcam semester yang lepas2 selalu jadi konflik sebab jumaat yang takde kelas, time jumaat last sebelum cuti raya tu jugak lah lecturer nak baut kelas ganti. AlhamdulliAllah tahun ni tak jadi masalah macam tu, tapiiiiiii ASSIGNMENT banyak gila yang due date dia hari last kelas lar. Tu takpe lagi, paling parah esok dah nak balik hari ni lecturer boleh lagi bagi ketas mahjong "balik ni buat tajuk acynotic heart disease esok present, ptg awk gi lab siapkan play therapy awak" OMAIIIIIIII..... Tuhan je tahu betapa takde hatinya nak buat, tapi well for me the more pressure i get the more i perform. Macam pasal ketas mahjong tu, takpenah2 seumur hidup buat mind map, boleh siapkan mind map yang for me cantik tak tahu lar orang lain. Tapi serius esok kalau ada yang komplen boleh nangis jadinya.

Masalah lain bila nak balik ialah baju baru nak dobi. Ini takyah cakap lah bila nak balik ja taknak cuci baju pakai tangan, nak hantar dobi dua ringgit. Takpe2 takde masalah, yang masalah nya malas nak gi kutip balik memangdang kan tempat dobi tu jauh. Jangan lupa ambik terus balik sudah. Mau berkulat baju tu terperuk seminggu.

Masalah terakhir : Disebabkan malam sibuk siapkan esaimen sampai pukul 2.10 pagi then update blog sampai hampir pukul 3.00 pagi then nak tido kejap. Pukul 5 bangun sahur. After that lar kot baru nak packing barang balik. Ini akan menyebabkan ada ja nanti bila dah sampai Kedah yang akan cakap "alaaaaa itu tak bawak balik ini tertinggal.


moral of the story : Jangan suka last minute ya anakanak. Kalau diri sendiri ni bukan taknak berubah, dah cuba dah tapi tak boleh *alasan klise*

Tuesday, July 30, 2013

Join Contest !!

Assalamualaikum and hii....


Saat dahku menaip entry ini dahku sangat2 gumbira even 20 minit yang lalu mood dahku berada di tahap paling bahaya. Sampai simbol tengkorak naik lar. Gumbira tetibe sebab cakap dengan ibu.

Well tiap hari pon ekceli cakap dengan ibu minimun 30 minit 3 kali sehari. Bilangan dia kena sama dengan arahan yang bagi kat patient untuk home exercises programme.

Sebenarnya nak cerita betapa eksaited nya sebab ini merupakan hari pertama join contest/ giveaway. Walaupon dah bertahun2 melepak dekat blog tapi baru hari ni ada kekuatan nak join menda camni. Sebab utama nak join ialah DORONGAN IBU. Ibu siap buat ayat tersurat yang mengatakan bahawa ibu menyokong dan menyepot *read as meng-support* anak ibu join benda2 camni.

Ibu siap cakap ala kak masuk ja bukan kena duit pon kan, ala kalau kena duit pon takpe bayar lar. Huu3. Kata ibu apa salah nya masuk benda camni, boleh jugak tengok diri tu boleh buat apa selain menghadap buku medical padahal tak lulus jugak pon. Hehe terima kasih ibu atas sokongan anda. Saya sayang ibu.

: Tak sabar nak balik lusa, nak tengok ibu abah adik yang dah 6 bulan tak jumpa. Raya tu perkara kedua

Sunday, July 28, 2013

Ekceli kannnn

Assalamualaikum and hi

Ni nak kongsi yang sebetul2 nya pasal apa yang dah lama terpendam di hati.

Ekceli kan dari hari pertama berjinak2 dengan blog sampai ke hari ni masih tak puas hati lagi dengan URL blog ni. Dah macam2 dah tukar. Hehe.

Tukar tak timbul masalah sebab I dont really have anyone who read my blog. Blog ni pon sekadar tempat luahan dimana bila terasa luahan atau perkongsian tu hanya boleh dilakukan dengan menulis. Dulu tulis diari tapi masalah diary ni bila ibu senang jumpa then kantoiiii. Tak pasal kena interview 385 soalan dengan ibu. Ingat habis cerdik dah tulis diary dalam buku nota sekolah yang tebal 2kg tu. Rupanya ibu lagi cerdik. Tahu dah anak dia nak tulis kat mana. Then sekarang dah jumpa blog takde lar lagi nak kantoi sebab ibu bukan jenis yang baca blog2 bagai ni.

Ok back to the story. Serius konfius nak letak apa yang menepati citarasa dan raga. Tapi yang pastinya URL blog ni memang akan bertukar dari masa kemasa sehinggalah hamba tuhan ni berpuas hati. Dari sini pon sebenarnya boleh nampak dah yang si tuan yang tulis ni bukan jenis orang yang..... Ok tetibe words hilang.

Thats all lar. Moga2 dapat ilham nak bagi nama apa dengan blog ni

Sunday, July 21, 2013

Cenderung

Assalamualaikum and hi...

Tadi masa mandi masa dalam bilik air tu lar selalu pikir macam2 terus terilham dan terperasan yang tiap wanita tu cenderung memberi lebih perhatian terhadap anggota badan yang dipuji.

Contoh : Kalau gadis itu memang tidak dinafikan yang dia cantik dan dia tahu benda tu, boleh tengok barang penjagaan muka berlambak. Guardian ngan Watson pon tak boleh tanding dia punya banyak. Kalau nak kemana2 dah ada satu beg khas untuk barang make up je. Betull cuba perhati. Bukan perhati je tapi banding dengan gadis normal.

Yang boleh cakap ni sebab dah bertahun2 duduk asrama dan boleh tengok kalau si polan ni memang semua cakap dia cantik, gi lar melawat bilik dia. Dalam loker tu satu bahagian atas tu untuk penjagaan muka je. Dan perkara ni selalu jadi bila semua orang cakap dia cantik dan lama2 dia sedar yang dia tu cantik. Ala normal lah sebenarnya sebab dah orang kata kita cantik then kita baru tahu oww aku cantik rupanya, mestilah kita nak jaga menda tu agar orang terus terusan puji kan.

CS plak sebab tak penah ada orang puji cantik so apa satu penjagaan muka pon takdak. Yang ada bedak compact semata2. Facial wash, moisturizer, toner pe benda lagi semua takde. Yang orang cakap paling asas facial wash pon takde. Cek men hentam life bouy je kat muka pon. Ganas tak ganas. Laki pon tau nak guna fair & lovely oi.

Tapi CS lagi cenderung jaga kuku dan rambut. Sebabnya... sama je konsep dengan orang cantik tadi. Kalau orang lain pergi mana2 ada beg make up, CS pon ada tapi dalam tu penuh dengan pelbagai jenis sikat, minyak rambut dua jenis, kepit kuku 2, 3, pengasah kuku. Benda lain yang memenuhkan adalah ubat ubatan. Kawan2 panggil farmasi bergerak sebab sebut je nak ubat apa semua ada. Ye lar dah kita tahu kita tu jenis senang jatuh sakit haruslah semua jenis ubat pon ada. Nampak lar sikit usaha taknak sakit kat situ.

Tapi apa pon kecenderungan dalam menjaga kecantikan badan, kepada gadis2 sekalian, tolong jangan tertumpu kepada satu je. Jaga keseluruhan. Sebenarnya CS pon baru sedar je semua ni. Hik3. Tu pon lepas ada kawan yang dah kawin so terpikir kalau camni lar badan aku, malu oi nak berlaki. Nanti dah berlaki pon dalam rumah berlitup habis sebab daki sana sini. Jatuh saham !

Thursday, July 18, 2013

Betapa Beruntungnya

Assalamualaikum dan hii....

Selalu terpikir, bukan selalu tapi tiap saat terpikir yang betapa beruntungnya Ibu.

Ibu dapat suami yang hensem, berilmu agama dan tak kurang juga  ilmu duniawi.

Suami ibu jugak gentlemen. Gentlemen macam mana ?? Nak definisi yang mana?? Jenis yang bukak tutup pintu kereta ?? Ye suami ibu akan wajib bukak dan tutup kan pintu kereta jika pintu itu berada disebelah beliau. Bukan sahaja untuk ibu tapi jugak untuk anak-anak perempuan ibu. Tak faham ?? Susah lar nak terang, buat-buat je faham. Nak definisi gentlemen dari sudut islamik?? Jadi imam solat ?? Semestinya. Cium dahi isteri tiap kali nak kemana-mana?? Tentunya. Bukan dengan ibu ja, dengan anak-anak ibu juga begitu.

Suami ibu seorang yang setia. Suami ibu akan bawak ibu keman-mana sahaja yang beliau pergi. Bak kata orang Kedah. Sampai jamban pon pi sekali. Haippp jangan pikiq kot len. Contoh disini bila keluar, ibu nak pergi toilet suami ibu pon tak tunggu je kat luar tapi mesti masuk toilet jugak.

Suami ibu pandai shoppinggggggg. Ini paling best. Suami ibu takkan tinggal isteri dan anak2 pergi shopping. Mesti beliau ikut sekali. Dah jumpa barang berkenan?? Panggil beliau untuk sesi penilaian. Beliau akan pastikan pilihan kita tu samada betul2 cantik untuk kita atau tidak. Sebab benda yang dimata kita cantik tak semestinya bila kita pakai cantik dimata orang. Dan kalau dah sesuai sebelum bayar beliau akan check lagi bagi memastikan barang yang kita pilih tu sempurna. Kalau tak jumpa yang berkenan pulak?? Beliau akan mencari seorang diri dan bawak balik apa saja yang kita nak. Dan hasil nya tidak pernah lagi mengecewakan. Bahkan andai pilih sendiri mungkin takkan secantik itu. Setakat ini jika bersaing pastinya pilihan suami ibu sangat cantik. Ini jugak diperakui oleh semua kawan2 ibu dan mak saudara tiap kali lihat apa saja yang ibu dan anak2 ibu pakai.

Kajian menunjukkan seorang anak perempuan akan lebih tertarik untuk mencari suami yang paling hampir dengan sifat bapanya. Begitu juga sebaliknya bagi anak lelaki. Ini bagi kes keluarga sihat. Bukan sihat tubuh badan akal dan jiwa tapi sihat hubungan kekeluargaannya.

Oleh itu saya sesungguhnya memang berharap dapat suami macam suami ibu. Plus sifat2 yang tidak saya nyatakan disini seperti memahami dan bertolak ansur.


Ni teddy yang beliau beli. Yang ni lar peneman di kala malam di kolej


Jam Blue Sister berbentuk pedai ayam ( mangga) Dua2 nama makanan -.-

Kasut terbaru. Ganti yang hilang katanya. Tapi ni dah dekat raya so sayang nak pakai. Nak tunggu raya. hik2


Dua contoh baju kurung. Dua2 ni feveret. Yang pink memang tiap kali pakai ada ja orang puji baju cantik. 


Dann tadaa !!! Inilah beliau :)

Kalau nak ikut kan dari dalam sampai luar, dari atas kepala sampai bawah kaki semua beliau yang belikan. Sebab kalau pilih sendiri tak sepuas hati beliau yang belikan. Serius sampai sekarang. Sampai nya seluar sendiri pon taktahu saiz berapa, penah try beli sekali tapi balik rumah pendek -.-

Itu saja coretan akibat rindu 6 bulan tidak berjumpa dan dengar suara :)

Tuesday, July 16, 2013

Sesi Luahan

Assalamualaikum dan hiii...

Sebelum memulakan sesi luahan (rungutan) kita hari ini sukacita dimaklumkan bahawasanya Cik Siti Minah kita ni merupakan seorang pengkritik tegar dan selalu atau boleh dikatakan jarang puas hati dengan apa yang berlaku disekeliling hidup beliau yang porak lagi peranda.

Dengan ini kita mulakan sesi kita dengan perkara-perkara seperti berikut :

1. Roomate baru.    CS dapat roomate baru sebab roomate yg dulu kena pindah bilik memandangkan dia intersesi. Sekarang satu rumah ni budak nursing degree yang gila punya tak mesra alam. Ahh stress tau. Bukan nak suruh tegur ramah macam CS ni retis sgt. TAK. Cuma jangan lar kerek sgt. Dan paling tak suka kalau CS tak kacau org dan boleh bertolak ansur tp pihak lawan sebaliknya. Macam dalam bahas bila pihak kerajaan dengan pembangkang tak gu orang Kedah kata. Bila jumpa dengan orang camni memang cepat je lar darah berapi ni naik. Errrggghhh sabar je sekarang. Jangan sampai dia mulakan dulu sudah. CS senang je aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.

2. Menu berbuka.    Ya Tuhannnn ikan keli kat kafe cenonet. Terpaksa call ibu order siap2 nak ikan keli bila balik cuti raya nanti. Bukan apa bila bulan puasa ni kalau tak order anak tokey keli pon tak dapat makan keli sebab semua berebut2 membeli keli untuk anak cucu yang balik raya nak buat keli bakar katanya. Makcik2 yang beli keli selalu cakap benda ni. So cakap siap2 tak kira balik kali ni kak tamau lauk lain.Nak keli ja. Nak yang besar2. Hah sekali mintak haruslah demand kan

Tu sahaja buat kali ni. Tetiba tengh taip lupa nak cakap apa yang semangat tadi sebelum bukak dashboard.


Monday, July 15, 2013

Tak tetap pendirian

Assalamualaikum and hi...

Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya CS(Cik Siti) merupakan seorang yg seperti tajuk. Tak tahu lar kenapa asyik nak ubah je apa2 yg telah di buat baik di blog atau di dunia luar. Dah lar tu entry setahun sekali baru nak buat. Anak murid sekalian ini merupakan contoh hiperbola. 

CS suka tau melawat blog-blog org lain. Ala blog-blog femes. FL, Cik Epal, Kupu2 Kecik, Irine Nadia. Dan bukan blog femes je CS melawat. Sungguh tak adil makhluk ini. Blog kawan2 pon CS melawat. Tapi ioulls jenis memilih, kawan yg ioulss syg je ioulss melawat. Gila kerek kat situ. Bajet hot and spicy je kan. Padahal CS sape pon org taktahu. sungguh tak patut. Ok merapu lagi.

Blog2 yg CS cakap ni setiap hari CS check ada entry baru tak. Suka sangat blog mereka2 ni. Jatuh hati setiap kali pandang. Dan ada satu blog bukan peribadi tempat CS selalu lepak likes anytime asalkan ada entry baru. Dan blog ni setiap kali buat entry mesti beratus-ratus. Ok lagi contoh hiperbola. Kenapa suka blog ni ?? Ok lupa nak cakap blog ni blog Penpatah. Suka blog ni sebab dia banyak info tak kiralah info tu merapu ataupon tidak.

Dua perenggan dah tapi takde lagi kena mengenadengan tajuk. CS tak tahu lar kenapa lar jadi orang yg suka tido suka makan yang menghasilkan equation yang sungguh cantik untuk penghasilan gemuk. Dan berkaitan dengan blog. Ada je yg diri sendiri tak puas hati sedangkan orang lain tak kata pape pon. Memang lar org lain tak kata apa sebab takda org baca. 

Dah tutup pasal tu. Sekarang Selamat Bersedia Untuk Berbukaaa !!!! Bab berbuka memang laju je.



p/s: orang kita selalu ingat ok/okey tu BM kan. Padahal salah. Dulu penah kena dengan cikgu. ok/okey dalam BM nya ialah BAIKLAH. Ceh gila skema :)

Saturday, March 30, 2013

Cintan cintun

                                                    بسم الله الرحمن الرحيم

First final paper done. Homai ni membuktikan bahawasanya praktikal untuk sem ni bakal bermula dan tak lama lagi akan naik satu lagi sem yang bakal menggoncang dunia hidup. Dah lar sem depan ada DUA paper repeat. Habis ibu abah dipaksa supaya mendoakan itu adalah yang pertama dan terakhir kena repeat. Tak sanggup den nak menghadap status repeater tu. Cukup lah hanya sekali. Yang lalu biar kan berlalu.

Okey tutup cerita pasal ketidak pandaian di situ. Haish selalu sangat tajuk yang di niatkan dihati terpesong dengan taipan oleh sang jari jemari. Sebenarnya tujuan cerita pasal final sebab nak cerita kejadian yang berlaku sepanjang DUA MINGGU sebelum final *cover line* 

Dua minggu sebelum hari ni dapat tahu yang kelas takda pastu apa lagi balik lar. Balik2 bila contact dengan Anne(roomate merangkap kawan posting yang lepas merangkap kawan kongsi story) tahu2 dia dah declare. WAAAA. Tite yang eksaited tau. Pastu petang tu nampak Ain(groupmate), cik abang dia datang dari Pantai Timur pastu temankan dia jaga kedai. Ain ni kerja kat kedai tu. CUWITTT. Pastu Hani(description lebih kurang macam Anne cuma dia belum jadi kawan posting sekali) dengan buah hati dia makan sekali. COMELLL

Tapi sebenarnya di sudut hati... CEMBURUNYA. Sebab masa balik kampung tu Ibu cakap yang bagitau 'dia' yang kalau dia tak cepat berjaya dan masuk meminang ibu nak bagi anak ibu kat orang lain. GULPSS.
Jadinya posmen karat ni pon sampaikan lah pesan ibu. Dia tak cakap apa tapi agaknya dia mesti tertekan. Cik Siti ?? Lagi2 lar sedih dan tertekan. 

Saya harap kalau awak bersungguh-sungguh nak kan saya tolong lah cepat2 tunaikan permintaan ibu abah adik tu. Saya yakin awak boleh kalau awak kuatkan tekad dan semangat. Sekarang saya tengok awak macam main-main ja. Awak ni serius ke tidak ?? Saya dah mula ragu-ragu. Awak, kalau awak nak saya menjadi isteri awak yang sah. Bersungguh-sungguh lar. Jangan awak harap saya akan jadi milik saya kalau awak tiada perubahan.

Warna merah harus diabaikan jika tidak berkenaan. Boleh pulak kan. =P

Tuesday, February 26, 2013

Hadiah untuk Si Dia


                                     بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi roomate ada beli majalah Dara.Com. Biasalah baca nak tapi belinya taknak so pinjam yang orang jelar jawabnya. Tetibe sampai satu artikel ni tajuknya seperti di atas. Meh sini Cik Siti kongsi sikit apa isi kandungan 8bulan artikel tersebut.

1. Kasut futsal
Katanya kalau si dia tu minat futsal apa salahnya beli kan kasut untuk dia. Tu jugak tanda kita menyokong hobi si dia. Ye lar dah hobi dia sejak azali takkan nak halang kan ?? Tambahan pulak bila tengok kasut futsal dia tu dah tak rupa kasut, jadi elok lah andai nya diberi hadiah. Demi keselamatan dia jugak kan?? Ayat ketiga terakhir memandai tambah sendiri :)

2. Supprise party
Cam tak menarik je. Dah banyak orang buat. Next !! Suka hati aku je. kihkih

3. Baju bola
Hah yang ni gempak sikit. Terutama kalau bagi si dia yang limited edition punya. Huh comfirm terkejut beruk dia.

4. Monitor VCD kereta.
Kalau yang ini kalian pon akan dapat benefit sebab nanti kalau dalam kereta kalian pon boleh tumpang tengok. Taklar asal naik kereta je tidur. Aku lar tu. Tapi ini bagi yang rasa mampu lar. Cik Siti awal2 lagi dah disqualified

5. IPhone
Gajet terhangat. Mesti melompat kegirangan punya lar. Tapi ayat dalam majalah tu yang Cik Siti nak highlight sikit katanya 'andai si dia tak lokek beri hadiah mewah kat kalian apa salahnya kan nak bagi IPhone kat si dia pulak'. Dimana Cik Siti ringkaskan kat sini. Kalau si dia tu kedekut ngan kalian automatik yang ke5 ni cancel

Apapapun hadiah yang ikhlas tetap lebih beerti.

Sunday, February 24, 2013

Ibu


                          بسم الله الرحمن الرحيم


Ibu. . Ibu. . Engkaulah ratu hatiku. *nyanyi*

Okey Cik Siti bukan nak cerita pasal ibu Cik Siti sebenarnya. Saja nak kongsi apa yang bagi Cik Siti kebanyakan dari kita hadapi bila berdepan dengan ibu kita. Terutamanya para gadis. Tapi benda ni tak wajib betul dan harus salah *pinjam ayat Dr. Tuah*

Masa kecik ibu adalah orang yang paling Cik Siti suka. Masuk sekolah menengah ibu adalah orang yang paling banyak mempunyai perselisihan pendapat dengan Cik Siti. Dengan mulut potpet. Aduh memang tak suka habis lar. 

Tapi dengan berjalannya masa, Cik Siti mula terasa persefahaman dengan ibu. Tapi melalui telepon je lar. Kalau face to face tetap tak berapa ngam jugak. Yang bestnya bila kononnya lar Cik Siti ni dah dewasa *lar sangat* so banyak pendapat Cik Siti yang dah tak lagi berselisih dengan ibu. Yey. Sampai sekarang ni kadang2 ibu kena jadi tukang dengar pulak potpet Cik Siti. Hah dulu kata ibu sekarang potpet telah berjangkit. 

Tapi. . Tapi lagi, betullah yang macam ada post kat FB yang depa pasal ibu tu. Alah yang cakap masa kecik sampai besaq kita dengan ibu tu. Tak tahu jugak ?? Taktau sudah! *tetiba emo kan*

Kesimpulannya kat sini bila berhadapan dengan insan yang melahirkan kita ni, kita kena banyakkan positive thinking. Kita kena analisa tiap apa yang dicakapkan kepada kita. Cik Siti pernah baca satu ayat yang cakap "kita kena dengar cakap mereka kerana mereka lebih banyak makan garam dari kita tapi tu jugak tak bermakna yang mereka selalu betul". So masing2 dah matang dah dewasakan, pandai-pandailah nak buat apa pon.

Tolong ada yang faham matlamat post panjang berjela tanpa gambar ni. Walaupon Cik Siti sendiri tak berapa nak faham sama ada hampa faham atau tak apa yang nak disampaikan

Friday, February 22, 2013

Perasmian

                                      بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan ini maka bermulalah blog ini dengan nama yang baru serta tujuan yang baru. cewah ada macam YB nak rasmikan projek tak ??
 
Selama ni Cik Siti menulis blog atas dasar trend. Takpon atas dasar merapu. Oleh itu semua post yang lalu telah dipadam dan link blog juga telah ditukar. So jadi cam blog baru lar kan. 

Cik Siti masa tengah mandi terfikir yang sia-sia Cik Siti ada blog tapi takda apa yang Cik Siti dapat. Pembaca pon dapat menyampah dan meluat ja. Jadi Cik Siti pon ubah blog ni dengan matlamat yang baru iaitu blog ni akan jadi tempat Cik Siti beletiaq. Almaklumlah nak tulis kat twitter tak boleh lebih 140 huruf, kat FB panjang2 takda sesape nak baca. Kat blog boleh tulis berjela-jela seperti yang dimahukan dan kalau takda sesape nak baca. . . lantaklah. Muahahaha.

Blog ni pada masa akan datang akan membincang kan topik topik hangat. Okey lakonan semata mata. Blog ni nanti sebenarnya hanya akan dipenuhi dengan semua pengalaman, pandangan Cik Siti mengenai kehidupan atau apa apa saja isu yang Cik Siti rasa tak puas hati atau bertentangan dengan pendapat Cik Siti. Mungkin topik yang Cik Siti setuju hanya akan ada sikit ja kot. Nak buat macam mana virgo memang seorang pengkritik. Eh yeke??

Ni nak habaq, Cik Siti ni suka sangat dengan sastera. Kau bagi lah puisi jenis apa pon, pantun pon, cerita zaman dahulu kala yang bahasa dia yang hatta segala tu. Sesungguhnya dengan mudah Cik Siti boleh faham, permudahkan.   Hampa mesti cakap "ada aku kisah". Hah memang sekarang hampa tak kisah tapi nanti time Cik Siti keluarkan bahasa bunga- bunga masa tu lah hampa nak geli lar apa lar. So Cik Siti habaq ni seolah olah precaution lar untuk sapa sapa yang tak suka tu. 

Tengok lar perasmian pon dah panjang berjela. Nak buat camna dah nama pon suka potpet potpet kan.