Friday, January 31, 2014

Surat tanpa setem dan sampul

Assalamualaikum.

Kehadapan putera idaman yang amat saya rindui,

Bingkisan saya ini adalah kerana saya amat rindu kan awak. Tetapi dalam masa sama saya sedih sebab tiap kali kita berhubung jarang sekali akan berjalan lancar. Saya tahu sedikit sebanyak sebab utamanya adalah saya.

Saudara,

Jika awak nak tahu saya terima awak seadanya. Jangan sesekali awak rasa rendah diri. Saya akan sentiasa sokong dan bagi galakan untuk awak terus memajukan diri awak. Untuk pengetahuan awak saya dah bagitahu ibu yang andai bila awak dah berjaya tapi awak lupakan saya, saya larang ibu marahkan awak.

Sayang saya pada awak ni membuatkan saya nak awak sentiasa bahagia dan gembira walau bukan dengan saya. Walau saya terluka. Saya sanggup. Percayalah selagi saya ada awak, hanya awak satu-satunya.

Mungkin awak rasa saya ni macam-macam. Ada je yang saya jadikan isu. Saya tahu letih awak nak layan kerenah saya ni. Awak cakap sikit je saya nak terasa. Jenuh awak nak pujuk balik even dari dulu awak cakap tak pandai nak pujuk-pujuk ni.

Saya tahu kadang-kadang awak marah bila saya melampau sebab awak mesti akan terus nak tidur atau terus tak reply mesej saya. Tapi esoknya awak mesti layan saya baik-baik balik.

Sesungguhnya saya sangat bahagia even kadang-kadang terasa hati. Tahulah awak yang saya jadi camtu rasanya sebab saya terlampau sayang dan terlampau syak wasangka. Sekarang saya selalu cakap minta maaf kan?? Awak mesti marah. Untuk pengetahuan awak, saya selalu minta maaf sekarang sebab saya rasa saya selalu menyakitkan hati awak. saya nak jadi perempuan yang terbaik pernah awak sayang. Saya nak jadi yang terakhir dan satu-satunya. Bila awak marah atau terasa, saya takut.

Saya takut awak bosan dan meluat akhirnya awak tinggalkan saya. Hehe mengada kan. Saya hargai kesabaran awak selamani.

Terima kasih. hanya Allah dapat membalas keihklasan dan kejujuran awak.

                                                                                                                                                Yang Benar,
                                                                                                                                                         Saya

Saturday, January 25, 2014

Semoga pelangi kan tiba jua

Assalamualaikum and hi

Seperti yang kita semua tahu hidup ni tak semudah yang disangkakan. Well begitu juga hidup aku. Kadang2 cemburu macam mana lar orang yang isi kandungan blog dia semua yang gembira-gembira manakala aku takda yang menarik dan gembira yang dapat dikongsikan

Masalah muncul bertimbun-timbun. Masalah utama ialah duit. Itu satu-satu masalah yang sejak dari pertama kali tengok dunia sampailah hari ni.

Sekarang ini bila sampai kadang2 terfikir yang aku ni dah lupa cara senyum atau gelak kah. Tapi Alhamdullillah aku masih mampu menjadi seorang yang ceria dan gembira bila ada dengan orang sekeliling. Derita aku biar aku seorang saja yang tanggung sudah lar.

Dengan ibu aku sedaya upaya sembunyi sebab taknak tambah beban yang ibu abah sendiri pon dah nam pecah kepala pikir. Tapi disebabkan aku takpernah rahsia ngan ibu abah kadang-kadang tu terkeluar jugak keluhan dan aduan.

Aku takpernah menyalah kan Allah sebab aku tahu pasti ada hikmah. Aku yakin sebab aku selalu dapat cash. Jadi dugaan kali ni yang berat aku harap sebagai kifarah untuk aku lulus profesional exem hujung bulan tiga nanti.

Jika ini benar-benar sebagai kifarahnya aku sanggup menanggung biar seberapa lama sekalipun.

Sunday, January 12, 2014

Perigi kembali menjadi perigi

Assalamualaikum and hi

Masa tengah rawat patient ni tetibe dapat soalan " Anak ni umur berapa?"

"21"

Okey time ni terus macam...................... Aku dah 21 !!

Cepatnya dah lebih 20. Adoi dah tak muda dah.

Dikala almost semua orang dah ada calon, jeles.

Sebab nak kata takda tu sebenarnya ada. Tapi nak kata ada selalu rasa macam takda.

Jauh antara kami bukan lagi semata antara jarak.
Jauh kami sudah melebar sayap membuka semakin besar jurang antara perasaan, jiwa, dan hati.

Mungkin dia juga perasan benda yang sama. Mungkin juga tidak.

Mungkin salah dia. Yang pastinya pasti aku juga terlibat.

Akhirnya berfikir sendiri "Beriya sangat ke aku ni? Sedangkan dia biasa2 saja"

Juri dari akal memutuskan "Tiba masanya untuk berhenti pentingkan diri sendiri"

Pesalah ini harus berhenti terlalu beriya biarpon hati meronta tidak setuju.

Akhirnya akal menang dengan kepintaran atas alasan tiba masanya melihat isi hati sebenar dia.

Baru tersedar yang dulu terlampau beriya sehingga mungkin membuat dia rimas. Akhirnya malu sendiri.

Malu nak beriya macam dulu sebab lepas beberapa peristiwa berulang.
I keep tell myself " Hei stop. Yakin ke dia rasa sama macam kau rasa? Yakin ke takde orang lain selain kau?"

After that i stop jadi beriya. Stop halang dia membuat pilihan. Stop buat dia macam hak sorang.

Sebab malu takut bertepuk sebelah tangan.
 Malu jadi lebih sudu dari kuah.
  Malu jadi perigi cari timba.
   Malu bila hidung tak mancung pipi tersorong2.

Akhir sekali malu bila sedar diri tak sebagus mana, lansung tak sempurna dan banyak kekurangannya.

Dia layak membuat pilihan dia kerana dia lelaki.

Friday, January 10, 2014

Sembang kosong

Assalamualaikum and hi.

Hujung minggu datang kembali. Well belum heaven sebab ni weekend last before hantar resources folder for this code. My list patient still no enough, still have one test to go, case study not done, progress note not done, correction made zero. How disaster !

But just forget about it for a while can we.

Sekarang ni makin terlupa macam mana nak senyum. Mungkin sekarang dah beralih jadi penangis tegar kot. Tiap kali sedar cepat2 tengok cerita karton nak balik hati ceria bak kanak-kanak ribena kembali sebab nak jadi wanita tabah dan gagah lah kononnya kan.

But sekarang ni dah macam habit sebelum tidur menangis. Well memang dah jadi tabiat sebelum tidur kenang semula apa yang dah jadi, apa yang dah buat then time tu lar jadi menangis. Haha lucu.

Pastu duk layan fb tetiba nampak kawan post pasal sifat anak no 1,3,5.


Emm SEMUA PON BETUL. Caya lah sapa yang buat kajian ni. Tapi yang konon manja, cute, sweet bla bla tu taktahu lar betul tak. Tu kena tanya orang2 special saya :)

Monday, January 6, 2014

6th Jan 2014; First forecast

Assalamualaikum and hi

Today was a disaster. Totally a mess. One mini tsunami suddenly happen this morning at Bilik Seminar Sg Buloh when surprisingly one man came into the door. Someone we... no I expect to come on 20th January. At that moment my heart stop for a second. My new CI(clinical instructor) has came!

A second after that I started screaming in my own mind 'What type of surprise it is?'

Then I calm myself, slowly breath in and out. its okay everything will be fine. He gonna be cool because that what i heard of.

After that everything change. The first person he review was me. What the heck!! Of course I cant answer his question because I hated being asked and I dont really like that subject. Not like I'm not like liked but its more because I cant understand it like everyone else. After few minutes later he go out to review my other friend. Pheww.. Relieved!!

I being disappointing again. At the afternoon he gave us a SIX STOREY high task to be completed by next morning.

I have case presentation next afternoon and evaluation after that. Now I have one more work to do.

Why all of this must happen on me? I feel I want to cry. Suddenly one voice says to my heart 'You become far and further from Who own you. He love you and He just want you to come back for Him'

 I realized. I accept my punishment. Please keep me on Your track, Ya Allah.