Monday, February 24, 2014

Saling

Harap awak sayang saya macam mana saya sayang awak.

Ayat yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam.

Ayat ini menekankan erti saling antara dua insan. Perkara yang harus diingat ialah apabila ayat ini diucapkan, si pengucap perlu sedar setakat mana tahap sayang beliau. Tingkah laku beliau jika bersama atau tidak bersama penerima. Di belakang penerima atau di depan.

Andai kata si pengucap bermain sayang dibelakang penerima maka pengucap perlu bersedia jika penerima juga melakukan perkara sama. What goes around comes around = apa yang anda beri itulah yang anda akan terima. Allah Maha Mengetahui.

Jadi perkara terpenting bagi sesiapa yang mahu menggunakan ayat ini ialah anda harus melakukan yang terbaik yang anda rasa supaya anda juga mendapat hasil yang baik.

Sepohon anak pokok hanya akan terus membesar dengan subur jika selalu dibaja, dijaga, disiram dan diberi perhatian SEBAIKNYA.

Saturday, February 22, 2014

Orang gila

Orang tidak waras atau bahasa pasarnya orang gila dikelaskan sebagai psikologi dalam bidang perubatan atau PSY.

Nak tahu macam mana orang boleh jadi gila. Salah satu sebabnya adalah terlampau menyimpan peerasaan seorang diri sehingga menjadi pekasam didalam hati.

Setiap kita perlu meluahkan perkara yang membebankan hati kita kepada seseorang. Pilihan terbaik adalah ibu. Akan tetapi jika difikirkan tidak sesuai boleh lah memilih calon lain seperti buah hati.

Tetapi ingat, jangan terasa hati jika luahan perasaan kita tidak mendapat maklum balas yang dikehendaki. Jika tidak hanya akan memburukkan keadaan.

Sebaiknya beringatlah bahawa lain kali jangan lagi meluahkan perasaan kepada orang tersebut.

Jadi dengan siapa lagi nak diluahkan ??

Jika anda memerlukan respon kepada luahan anda, jawapannya TIADA.

Oleh itu, kawallah perasaan anda sendiri. Simpan sorang-sorang. Dan paling penting sentiasa mengingatkan diri sendiri agar terus waras.

Setelah sekian lama dan kini

Setahun pon sudah cukup lama untuk mengenali seseorang itu apatah lagi bertahun-tahun. Mungkin banyak pergaduhan yang berlaku tapi setelah semua reda perhubungan itu menjadi semakin stabil dan baik. Akan tetapi satu yang tidak difahami.

Kenapa mesti kemesraan itu berkurangan? Kenapa kemesraan menjadi korban??


Monday, February 17, 2014

Entah





















Kenapa semakin aku dengar perkataan sayang semakin aku rasa tak disayangi ?

Sunday, February 16, 2014

Kehidupan; Realiti atau Fantasi

Assalamualaikum semua.

Coretan kali ini adalah berinspirasikan cerita yang terjadi kepada adik lelaki saya.

Beberapa hari ini saya kerap mengganggu dia dengan meminta gambar kami semasa kami berjumpa minggu lepas. Dia sering memberi alasan menyebabkan saya terus menekan. Akhirnya pagi tadi saya mendapat berita bahawa aweknya meninggal dunia. Patutlah dia tidak seperti yang saya kenal.

Ragu-ragu dengan berita yang dia sampaikan saya memutuskan untuk melihat FB budak perempuan itu demi mengetahui sendiri apa yang sebenarnya terjadi. MasyaAllah dia meninggal kerana pembedahan barah otak yang dijalaninya gagal. Al-Fatihah.

Pada mulanya saya sedikit ragu-ragu kesahihan berita tersebut. Masakan tidak ceritanya sama seperti drama melayu yang sering dipertontonkan kepada kita di televisyen. Tapi akhirnya saya beristighfar. Tidak mustahil perkara yang berlaku adalah realiti.

Mendengar luahan adik lelaki yang seperti putus semangat, saya terpaksa memujuk biarpon saya rasakan seperti saya salah satu watak dalam drama melayu yang mneggunakan dialog yang sama. Sangat berharap dia tidak ditiup oleh berita ini. Semoga adik kakak kuat seperti pohon tualang bukan lalang.

Kadang-kala kita terlalu dipengaruhi oleh apa yang kita terima dari media massa sehingga kita tidak lagi boleh membezakan antara realiti atau fantasi yang kita sendiri cipta. Kita lupa yang drama itu dicipta hasil ilham dunia realiti. Kita juga tidak sedar sememangnya kita merupakan watak dalam satu cereka yang sangat panjang.

Kita kadang-kadang terlupa yang Allah mampu menjadikan sesuatu yang fantasi itu menjadi realiti. Yang penting adalah kepercayaan. Dengan kepercayaan kita bukan sahaja dapat merasakan kewujudan Tuhan tetapi dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang. Dengan kepercayaan sesuatu diluar jangkaan boleh berada didalam tapak tangan.



Saturday, February 15, 2014

Membuli atau dibuli ??

Assalamualaikum and hai.

Hari ini kita bincang sikit pasal perkataan buli dari sudut perspektif saya. Buli bahasa mudah difahaminya ialah tindas. Imbuhan 'mem' di depan membawa maksud orang yang menggunakan buli manakala 'di' bermaksud yang menerima buli.

Buli terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal atau mental. Buli fizikal adalah melibat kan aktiviti memukul, menyepak dan buli mental seperti cacian, kutukan secara melampau dan ejekan.

Buli secara fizikal terlampau umum jadi kita lebihkan secara mental. Buli secara mental terjadi apabila mangsa terganggu secara emosi sehingga peringkat parah seperti kemurungan. Mangsa buli jenis ini selalu nya terjadi pada seseorang yang kurang keyakinan diri atau terlalu menerima apa saja yang dilakukan terhadap beliau dan kadang-kadang lebih menjaga hati orang lain sehingga orang sekeliling berani mengambil kesempatan atas kelemahan ini.

Orang tua-tu pernah berpesan jika kita hendak orang buat baik kepada kita, kita yang pertama harus berbuat baik kepada orang lain. Begitu juga kita perlu menjaga hati orang lain jika mahu hati kita dijaga. Kata-kata ini ada kebaikannya bagi membina sifat mulia bagi kanak-kanank akan tetapi pada masa kini mereka perlu didik bagaimana cara meluahkan pendapat mereka dan cara mempertahan kan pendapat serta cara untuk meluahkan ketidakpuasan hati.

Perkara ini perlu agar bila dewasa mereka dapat menjadi seorang yang berkepimpinan terhadap diri sendiri dan yang paling penting tidak dibuli apabila sampai masa untuk bergaul dengan orang ramai. Seperkara lagi yang penting ialah tahu bagaimana cara memberitahu perasaan secara betul tanpa menimbulkan pergaduhan bagi mengelakkan tertekan akibat terlalu menyimpan perasaan.

Bagi sesetengah orang mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sudah menjadi pembuli secara mental. Adalah perlu untuk setiap entiti belajar menghargai pendapat orang lain dan kurangkan sifat pentingkan diri sendiri. Selain itu belajar menjadi pendengar yang setia juga penting.

Sebagai contoh ibu penulis telah mengajar sedari kecil jangan sesekali mengucapkan 'Dah tahu dah' apabila ada orang yang menyampaikan apa yang kita dah tahu. Ibu penulis juga berpesan agar diam sahaja apabila pendapat kita bercanggah dengan orang lain. Hormati pendapatnya dan secara tak lansung anda juga menghormati pendapat anda.

Diam tak beerti kalah dan beria bertelagah bukan beerti anda menang. Masyarakat kita selalu berasa menang atas setiap perbalahan apabila lawan kita diam. SALAH. Anda perlu menilai kembali siapa yang menang sebenarnya atau mungkin kedua-dua anda betul.

Bagi yang sudah biasa ditindas, disuruh itu ini. Saya salute keperibadian anda yang mengekalkan kedamaian. Tapi bagi mengelakkan kemurungan tak salah juga anda mengeluarkan kata sinis bagi menyedarkan si pelaku. Mudah-mudahan dia sedar, atau jika dia tidak sedar setidak-tidaknya anda tidak lagi menanggung sakit hati.


Wednesday, February 12, 2014

Risau

In the name of Allah, The Most Gracious and Most Mercifull


Syukur kerana dah berjaya mengharungi kehidupaan di perantauan ni. 17 minggu dah berlalu. Banyak yang dah dengar, dah lalui. Maki hamun pon dah kena. Kena marah tu perkara biasa. Even menangis depan patient pon pernah. Boleh nampak lar betapa teruknya tu kan. Orang lain nak kena marah pon susah.

Sedar dengan kekurangan diri yang lambat tangkap apa yang orang ajar. Hanya mampu dengar dan cuba buat yang terbaik lar. Kena marah lagi pon nasib lar nak buat camna but tetap cuba. Even orang nampak macam takda improvement but what to do. Bukan tak cuba. Orang je taktahu betapa stressnya mencuba menambahbaikkan diri sendiri.

Dah lar dengan kesihatan pon tak berapa nak diizinkan. Selalu sangat sakit. Orang nampak sihat je lar sebab tiap kali sakit tu sekejap je hilang esok sakit balik. Ubat dah tiga kali topup dah sepanjang duduk kat sini.

Satu lagi yang kena hadapi bila orang kata hati besi sebab tak balik. Cuti je semua orang kata ala sempat lar balik. I keep silent because only I know myself. Jenis yang balik sekejap je pastu kena datang balik sini memang homesick tak sudah nanti. Tak boleh lar buat macam orang kata ala jadi lar tu sekejap pon. NO !

Ok here one same example. Bila teringin makan laksam for example. I cant only eat one time and then dah teringin dah hilang. Sesungguhnya tidak. Nak hilang kan teringin sekurang-kurangnya TIGA KALI dalam HARI YANG SAMA.  S E K U R A N G - K U R A N G N Y A.  Same goes about rindu. I have to meet and sit and chat with that person at least a WEEK non-stop then I can survive.

This is me where nobody know. So bila orang sekeliling keep asking and keep mentioning about 'Ish azy tak balik/Tak rindu ke' what so ever. Waaaaaa korang tahu tak sedihh. Even orang yang takda pertalian pon boleh rindu apatah lagi family.

Now lagi tiga minggu untuk professional exam. Hope lulus memandangkan orang kampung pon dah mula buzy body tanya ibu anak dah nak habis. So untuk menjaga maruah IbuAbah makanya anak sulungnya ini perlu lulus. Selain itu mahu menjadi kakak contoh katanya even adik tak berapa nak heran. But I dont want one day my adik will say "Ala kakak pon fail je"  Oh nononono. Mahunya jadi tanggang waktu tu.

But rasa macam tak berapa nak ada kesedaran lagi lar. Mungkin sebab masalah dalaman ni. Jangan ada masalah PSY sudah. Kesian IbuAbah dapat anak gila japgi. Sekarang ni keep working and may Allah ease everthing.





Amin..

Saturday, February 1, 2014

Salahkah aku ??

Assalamualaikum and hi.

Hari ini topik perbincangan gadis hari ini ialah "Salahkah aku?"

Adalah lumrah wanita banyak cakap. Beruntung gadis yang memang kurang bercakap dan kurang sifat mengumpat atau mencari salah orang lain.

Akan tetapi lai beruntung apabila seorang gadis yang banyak kekurangan tetapi masih mempunyai seorang lelaki yang sayang padanya. Tapi jangan diingat panas akan terus kepetang, mungkin akan hujan di tengah hari.

Disini seorang gadis akan berkongsi cerita tentang sifat buruknya tetapi masih disayangi oleh seorang bernama lelaki tetapi banyak yang beliau terpaksa hadapi bila terlampau banyak salah faham berlaku akibat sifatnya itu.

Gadis Zack(bukan nama sebenar) adalah seorang yang susah untuk mempamerkan sifat sebenarnya kepada orang. Zack bersyukur pada Aallah kerana ada seorang lelaki yang dia boleh jadi diri sendiri biar hanya waktu tertentu dan biarpon kadang-kadang dibenci. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya bila dia taksanggup nak beban kan ibu dia ada seorang lagi insan yang boleh dia bertumpang kasih.

Disebabkan sifatnya yang suka mencari salah orang, mulut lancang dia selalu disoal kembali lalu dia akan terus mengubah topik kerana dia tahu lelaki itu tidak suka. Dia juga sedar yang lelaki itu mahukan wanita yang baik bukan macam dirinya yang macam makcik-makcik mengumpat belakang rumah.

Masalah juga selalu timbul bila Zack selalu mencari salah lelaki itu.

Sebagai seorang kakak dan anak Zack mahu menjaga nama ibu dari buah mulut orang. Cukup lah selama ini ibu dihina dan dicaci. Orang sekeliling asyik mencari salah anak ibu hingga ada yang berkata nampak Zack bersama lelaki lain. Bukan sekali kejadian itu berulang tetapi banyak kali.

Setelah perkara itu selalu berlaku, zack bertindak merahsiakan lelaki kesayangannya dari semua orang kecuali dari ibu dan adik. zack masih boleh menarik nafas tenang bila ibu suka kan lelaki itu sehingga ibu telah pon anggap lelaki itu anak ibu biarpon tidak pernah berjumpa.

Sebagai gadis yang banyak bergaul dengan ramai orang Zack selalu rasa bersalah kerana terpaksa menyembunyikan tentang lelaki itu. Dia tahu lelaki itu pasti kecewa jika perkara ini diketahuinya. Tetapi dia terpaksa demi ibu dan demi masa depan mereka.

Zack seringkali marah kepada orang ramai yang selalu cari salah orang dan suka mengumpat tetapi Zack berserah sahaja kerana dia sedar dia juga bersifat begitu.

Menurut Zack dalam dunianya dia hanya akan mengangis kerana Abah, Ibu, Adik dan Lelaki itu. Dia akan menangis bila ketiga-tiga orang ini disakiti dan bila ketiga-tiga orang ini marah atau berkata sinis kepadanya. Dan bila itu berlaku tangisan itu akan disimpan sebagai rahsia diri sendiri selamanya. Bila ibu pernah kata Zack melampau, Adik pernah kata kakak menyibuk, Lelaki itu memberi amaran supaya mencari salah sendiri jangan selalu cari salah orang.

Zack hanya mampu menangis dan takkala itu Zack akan faham menangis tak berlagu = air mata yang mengalir laju tanpa sendu. Dan waktu itu andai soalan salahkan aku sehingga aku perlu menangis. Zack terpaksa mengaku itu memang salah dia. Salah dia tetapi dia sedikit pon tidak menyesal menyayangi insan-insan tersebut.

Okey itu sahaja perkongsian kali ini. Diharap gadis-gadis diluar sana mengambil iktibar yang dirasakn sesuai untuk diri sendiri. diharap orang lain dapat membuat keputusan yang lagi bijak dari Zack.