Wednesday, November 19, 2014

Kerja Pertama

Akhirnya masa usia dah menjangkau 21 baru nak merasa kerja. Dan guess what ?? My first kerja high class u.

I be 'Cikgu Azy' :)

Minta awal Oktober selang dua minggu gitu dapat call yang boleh lapor diri that ahad jugak.

Ofcoz lar masa tanya terima ke tak tu i jawab setuju. Gila kau dah lama aku tunggu peluang ni.

Selama ni asyik bila minta kat abah nak kerja jawapan dia baik dok rumah.

Habis study kita ugut abah cakap sampai bila nak simpan kita kat rumah baru abah bagi tapi syarat nya bukan kerja biasa.

Its either guru or kerja hospital jugak.

Blergh time tu cakap baik abah cakap ja abah tak bagi kakak kerja.

Time dapat jadi cikgu tu kena perli balik lar dengan abah "Sapa tah haritu beriya kata kat abah sekarang dapat cikgu seronok buat apa. Nak sangat kerja jaga kedai nu pi lar"

Amik kau abah sejak dah grad cara perli orang dengan ibu makin giat pulak dok praktik perli merata.

Tapi quiet sad lar sebab dapat peluang kerja sebulan ja sebab sekolah dah nak cuti panjang.

Seriously ni pengalaman yang best dan mencabar. Kau bayang kan kena ajar darjah dua yang hanya satu kelas ja macam darjah dua yang satu kelas lagi tu haram tak reti baca.

Tiap malam lar aku menggoogle cara nak tarik perhatian budak-budak ni dalam kelas aku.

Aku memang suka budak-budak dan budak-budak pon memang suka aku. Suka sangat sampai tak takut. Aku jerit pecah anak tekak pon bukan dia heran pon. Cis bedebah kau !

Sekolah aku ajar ni kira pendalaman. Nama pon SK Hujong Bandar.

Walaupon kita tengok smartphone dah pon sampai sini tapi hakikatnya mentaliti anak-anak ni masih sama. Mentaliti mak ayah pon sama.
Kalau korang kaki drama, musim hari guru selalu tunjuk drama o filem pasal guru masuk pendalaman kan ?? Suasana dan perangai budak dan perangai dan reaksi bila ada orang baru masuk tu sangat sama.

So aku merasa lar perasaan sama macam filem tu. Kah

Dalam banyak-banyak benda aku paling sedih tengok budak yang miskin sampai batang hidung dia kat sekolah nampak tak nampak ja. Baju yang dia pakai teruk.

Kalau yang memang tahu mak dia yang masalah aku tak kisah sangat. Tapi bila aku tahu memang masalah utama ialah duit aku mula lar nak menitis air mata. Macam tengah menaip ni. tapi aku tahan lar kang orang kat cc ni cakap apa minah ni tiap kali datang cc mesti drama.

Aku sedih sebab aku tahu macammana rasanya jadi susah. Aku tahu macam mana teringinnya budak tu nak macam orang lain. Aku tahu macam mana dia pon nak berkawan dengan orang *sebab anak orang senang takpenah nak kawan dengan budak yang nampak daif*. Aku tahu dan aku dapat selami sedalam-dalamnya perasaan budak camtu.

Ok dah ! Empangan dah pecah.

Dalam tempurung kacangnya; Aku nak jadi kaya supaya aku boleh elakkan anak- anak orang lain dari jadi macam aku.

Doakan aku.

Friday, August 22, 2014

Cara Claim Praktikal dengan JPA

Assalamualaikum and hii..


Selalu blog ni cerita benda tak berfaedah ja. Tapi hari ini tuan tanah mendapat satu ihlam agar menyumbang sedikit ilmu yang semua orang pon dah tahu. Muehehe. Well sebenarnya timbul idea ni bila kat group whatsapp kawan sekolah rendah rupanya ramai *2/3 orang shj* yang taktahu atau tak pasti dengan claim duit ni dengan JPA. Masih teraba2 dalam gelap.

Kawan2, JPA sebenarnya berikan banyak peluang untuk kita claim. Yang lady ingat cuma praktikal dengan thesis. Yang lain sila lar revise balik korang punya lampiran2 yang JPA kasi masa dapat tawaran tu ye. Lady malas nak selak balik

Disebabkan lady cuma diploma maka benda yang lady boleh share hanyalah cara claim praktikal. Yang menatang lain sila lar jenguk blogger lain. Tapi kebanyakan orang tengok praktikal ni saja. Sangat rugi. Walaupon duit buat thesis 40 je kot tapi tetap duit. Boleh dapat snack plate empat pinggan tu.

Melalut ke laut sudah.
1. Ok benda pertama yang korang kena buat ialah sebelum gi praktikal amik borang claim kat hep. Berat bontot nak gerak ke hep maka search sahaja internet dan print.

2. Dah print jangan simpan dalam file saja. Baca arahan atau benda yang perlu disertakan bersama borang. Ni tak. simpan ja, dah ujung praktikal baru kalut *saya lar tu*

3. Masuk ja praktikal masa baru2 lagi kuatkan otot kaki untuk melangkah ke pejabat bos. Bagitau boss "Boss saya nak claim jpa untuk praktikal ni. Saaya nak minta jasa baik bos buat surat dari pihak bos kepada jpa memaklumkan bos tak bagi elaun kat saya ........ tapi bos surat tu saya akan minta masa ujung praktikal saya".    Mesti korang kata dah nak hujung nanti baru minta macam takleh. MEMANG TAKLEH. Plus kalau korang dapat bos garang macam cek. Takpasal ja kena sound masa hujung yang sepatutnya disambut dengan gumbira.

4. Then jalanilah kehidupan praktikal korang dengan sengsara. eh. gumbira rasa :)

5. Minggu last praktikal !!!!
Bila praktikal mesti ada punchcard kan ?? Potosted punchcard tu. Yelah dah yang asli nak kena bagi dekat lecturer lantaran kang nanti lecturer tak caya kaat korang dah penat lelah praktikal. Salinan tu suruh bos sign. Kalau 6 bulan 6 kali lar bos kena sign. Setiap salinan tu kena sign ok. WAJIB ADA COP. Rajin kanlah diri menawarkan diri nak tolong cop agar tangan bos terhindar dari cramp.

6.  Jangan lupa minta surat yang korang dah pohon pokok masa awal praktikal dulu. Kalau bos kata sibuk, jawab kat dia.. "Tapi bos kan dari awal saya praktikal lagi saya dah minta"   Kalau berani lar. Tapi kalau takut tapi nak duit maka beranikan diri sebab memang korang dah minta pon.

7. Pastikan borang lengkap dengan sign korang, dekan atau ketua jabatan belajar korang serta bos.

8. Dah boleh hantar..

9. Tunggu dengan tenang, nanti dapat msg dr dari bank islam kata duit masuk *saya guna samrtsim dari bank islam*

p/s: Please lar claim, banyak kot jpa bayar untuk sehari.   Lagi satu max boleh claim sepanjang belajar 90hari ja. Kau belajar gi lar berapa tahun pon max boleh claim 90hari praktikal ja.    dan.... terasa macam post ni banyak gila perkataan praktikal :\

Friday, August 8, 2014

Driving school

Hi.

Kalau korang tengok macam mana si primadona bawak kereta dalam cerita driving school. Lagi terok lady bawak. Semalam first time lady boleh pegang stereng. Mula2 cikgu yang duduk sebelah tu rilek ja. Mesti dia agak lady ni tak teruk sangat drive. Tetibe lepas satu selekoh kelam kabut ha dia pakai seatbelt. Baru sedar nyawa bakal terancam kot. Haha.

Tiap kali terbayang balik time tu serious nak tergelak. Memang gila lar.. Masa pertama kali tu lady jadi kaku ja. Otak, kaki tangan semua tak synchronized dengan betul. Tapi alhamdullillah lar kali kedua dah stabil sikit.

Ni dapat cuti sehari. Harap makin lama makin elok lar. Kalau tak cemana kan. Tapi seram wei bawak kereta. Tak barnapas den sepanjang dok kat seat driver tu. Harap nya semua berjalan lancar. Kalau tak malu lar ngan adik. Dia semua sekali je terus pas.

Apa2 pon saja nak merapu kat blog. Jom sambung tengok cerita driving school tv3. Moga2 dapat pengajaran.

Anyeong

Tuesday, June 24, 2014

Laporan rangkuman

Hai...

Haaaaccuuuuummmmm !!!!!!!!! Banyaknya habukkk dan sawang..

Almaklumlah dah EMPAT bulan dah tak jenguk blog ni. Nampak sangat lazy lady nya tu kan. Sekarang ni dah takda idea nak taip apa. Dah malas dah nak luah perasaan kat blog. Nak jadi matured lar kononnya maka meluahkan perasaan di dalam blog adalah dilarang sama sekali.

Sekarang mari kita concludekan apayang dah terjadi selama empat bulan ni.

Kita mula dengan MAC. akhir bulan tiga haritu ada professional exam. Dapat kes knee OA(osteoarthritis). Kes simple tapi dah kita ni never maka tersalah diaognos sebab terlampau tumpu perhatian sebab patient actually refered for MCA tear. Tapi disebabkan kita ni pandai kelentong maka examiner pon kita kelentong lar. Memang dugaan betul tambah ada communication barrier pulak dengan patient. Tapi macammana pon lepas 1jam tamat jugak. Tunggu result je lar Mei nanti.

APRIL. Cuti bermula. Selesai isi borang UPU, lapor diri kat JPA, claim elaun dan lapor diri dekat SPA.

MEI. Result ! Alhamdullillah berjaya lulus walaupon pointer cinonet. Betul2 atas pagar. Secara rasmi nya dah berjaya dapat diploma fisioterapi. Konvo bulan 11 mungkin.

JUN. Abah still tak bagi kerja. Suruh duduk rumah je. Minta2 dapat sambung bulan 9 ni. Abah tak bagi kerja takut nanti dah selesa pegang duit pastu taknak sambung belajar then nak kawin. Ok kat sini dilema. FF kata kalau dah kerja atau dah kawin tak kisah pon kalau nak sambung belajar. Tapi abah tak. FF dah menggelupor nak masuk minta gayanya. Sampai keluar lar kata2 yang dia dah taksanggup tunggu apa bagai. last sekali aku yang tersepit tengah2. Nak melawan abah tu abah aku. Nak melawan dia taksanggup. Walaupon orang kata ala tak kawin lagi dah mengada tapi bagi aku dia dah jadi tongkat aku. Tiap kali aku hampir tersungkur dek kerana masalah dia punya cara tersendiri buat aku mampu terus berdiri dan meneruskan langkah. Bila dia kata yang perlu ke dia tunggu, masa tu hati aku pecah. Aku tahu dia rasa yang aku nak main2 ngan dia. Dia silap.

Semua orang dengan keputusan masing2 sampai takda siapa pernah bertanya apa yang aku nak. Bagi aku kalau boleh aku nak kawin 23 ke atas. Tapi andai kata dia dah yakin dia mampu tanggung aku dan apa yang bakal muncul aku ok je dari kami dok berkawan takda ikatan. Kan membawa dosa tu.  Lagi satu, aku tak minta banyak. Takyah pandang jauh lar. Kalau dia dah ada duit nak buat kenduri kawin yang biasa macam orang lain pon dah ok. Kalau dia ada semua tu, nak sangat kawin jangan banyak pusing2. Mai jumpa abah pon belum.

Ini tak cara cakap sentiasa je macam cari alasan nak tinggalkan aku. Ibu Abah dengan cara ibuabah. Aku bangga dengan keduanya sebab ada agama. Tapi bab kawin awal taknak terima. Dah lar aku ni sampai takboleh luahkan apa yang aku rasa lansung. Lansung takboleh. Semua salah. Aku bukan tak hormat. Ye betul ibu bapak dah makan garam dulu tapi tu tak bermakna mereka selalu betul. Ibu abah kata kawin awal nanti bercerai bagai tapi kenapa tak percaya kebahgiaan tu kat tangan Allah. Kalau ditakdirkan aku bercerai. Kawin awal ke lambat ke bercerai jugak. Aku kisah apa. Payah sangat aku sanggup je takkawin sampai mati.

Last sekali aku yang merana sebenarnya. Yang diatas ni semua takut merana tapi aku yang dah merana dari dulu takda sapa kisah pulak. Nak bagitahu pon takda siapa nak mendengar.





Emm konon tamau buat luahan perasaan. tapi ini je yang sanggup dengar apa aku nak luahkan.

*mood ceria kembali* Sekarang dah jarang nak update sebab majalah remaja perkenalkan app Dayre.com. Ala2 blog jugak. Selalu update situ. Selalu lar dari kat sini.

Annyeong,
A.Z