Tuesday, June 24, 2014

Laporan rangkuman

Hai...

Haaaaccuuuuummmmm !!!!!!!!! Banyaknya habukkk dan sawang..

Almaklumlah dah EMPAT bulan dah tak jenguk blog ni. Nampak sangat lazy lady nya tu kan. Sekarang ni dah takda idea nak taip apa. Dah malas dah nak luah perasaan kat blog. Nak jadi matured lar kononnya maka meluahkan perasaan di dalam blog adalah dilarang sama sekali.

Sekarang mari kita concludekan apayang dah terjadi selama empat bulan ni.

Kita mula dengan MAC. akhir bulan tiga haritu ada professional exam. Dapat kes knee OA(osteoarthritis). Kes simple tapi dah kita ni never maka tersalah diaognos sebab terlampau tumpu perhatian sebab patient actually refered for MCA tear. Tapi disebabkan kita ni pandai kelentong maka examiner pon kita kelentong lar. Memang dugaan betul tambah ada communication barrier pulak dengan patient. Tapi macammana pon lepas 1jam tamat jugak. Tunggu result je lar Mei nanti.

APRIL. Cuti bermula. Selesai isi borang UPU, lapor diri kat JPA, claim elaun dan lapor diri dekat SPA.

MEI. Result ! Alhamdullillah berjaya lulus walaupon pointer cinonet. Betul2 atas pagar. Secara rasmi nya dah berjaya dapat diploma fisioterapi. Konvo bulan 11 mungkin.

JUN. Abah still tak bagi kerja. Suruh duduk rumah je. Minta2 dapat sambung bulan 9 ni. Abah tak bagi kerja takut nanti dah selesa pegang duit pastu taknak sambung belajar then nak kawin. Ok kat sini dilema. FF kata kalau dah kerja atau dah kawin tak kisah pon kalau nak sambung belajar. Tapi abah tak. FF dah menggelupor nak masuk minta gayanya. Sampai keluar lar kata2 yang dia dah taksanggup tunggu apa bagai. last sekali aku yang tersepit tengah2. Nak melawan abah tu abah aku. Nak melawan dia taksanggup. Walaupon orang kata ala tak kawin lagi dah mengada tapi bagi aku dia dah jadi tongkat aku. Tiap kali aku hampir tersungkur dek kerana masalah dia punya cara tersendiri buat aku mampu terus berdiri dan meneruskan langkah. Bila dia kata yang perlu ke dia tunggu, masa tu hati aku pecah. Aku tahu dia rasa yang aku nak main2 ngan dia. Dia silap.

Semua orang dengan keputusan masing2 sampai takda siapa pernah bertanya apa yang aku nak. Bagi aku kalau boleh aku nak kawin 23 ke atas. Tapi andai kata dia dah yakin dia mampu tanggung aku dan apa yang bakal muncul aku ok je dari kami dok berkawan takda ikatan. Kan membawa dosa tu.  Lagi satu, aku tak minta banyak. Takyah pandang jauh lar. Kalau dia dah ada duit nak buat kenduri kawin yang biasa macam orang lain pon dah ok. Kalau dia ada semua tu, nak sangat kawin jangan banyak pusing2. Mai jumpa abah pon belum.

Ini tak cara cakap sentiasa je macam cari alasan nak tinggalkan aku. Ibu Abah dengan cara ibuabah. Aku bangga dengan keduanya sebab ada agama. Tapi bab kawin awal taknak terima. Dah lar aku ni sampai takboleh luahkan apa yang aku rasa lansung. Lansung takboleh. Semua salah. Aku bukan tak hormat. Ye betul ibu bapak dah makan garam dulu tapi tu tak bermakna mereka selalu betul. Ibu abah kata kawin awal nanti bercerai bagai tapi kenapa tak percaya kebahgiaan tu kat tangan Allah. Kalau ditakdirkan aku bercerai. Kawin awal ke lambat ke bercerai jugak. Aku kisah apa. Payah sangat aku sanggup je takkawin sampai mati.

Last sekali aku yang merana sebenarnya. Yang diatas ni semua takut merana tapi aku yang dah merana dari dulu takda sapa kisah pulak. Nak bagitahu pon takda siapa nak mendengar.





Emm konon tamau buat luahan perasaan. tapi ini je yang sanggup dengar apa aku nak luahkan.

*mood ceria kembali* Sekarang dah jarang nak update sebab majalah remaja perkenalkan app Dayre.com. Ala2 blog jugak. Selalu update situ. Selalu lar dari kat sini.

Annyeong,
A.Z

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~