Tuesday, February 26, 2013

Hadiah untuk Si Dia


                                     بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi roomate ada beli majalah Dara.Com. Biasalah baca nak tapi belinya taknak so pinjam yang orang jelar jawabnya. Tetibe sampai satu artikel ni tajuknya seperti di atas. Meh sini Cik Siti kongsi sikit apa isi kandungan 8bulan artikel tersebut.

1. Kasut futsal
Katanya kalau si dia tu minat futsal apa salahnya beli kan kasut untuk dia. Tu jugak tanda kita menyokong hobi si dia. Ye lar dah hobi dia sejak azali takkan nak halang kan ?? Tambahan pulak bila tengok kasut futsal dia tu dah tak rupa kasut, jadi elok lah andai nya diberi hadiah. Demi keselamatan dia jugak kan?? Ayat ketiga terakhir memandai tambah sendiri :)

2. Supprise party
Cam tak menarik je. Dah banyak orang buat. Next !! Suka hati aku je. kihkih

3. Baju bola
Hah yang ni gempak sikit. Terutama kalau bagi si dia yang limited edition punya. Huh comfirm terkejut beruk dia.

4. Monitor VCD kereta.
Kalau yang ini kalian pon akan dapat benefit sebab nanti kalau dalam kereta kalian pon boleh tumpang tengok. Taklar asal naik kereta je tidur. Aku lar tu. Tapi ini bagi yang rasa mampu lar. Cik Siti awal2 lagi dah disqualified

5. IPhone
Gajet terhangat. Mesti melompat kegirangan punya lar. Tapi ayat dalam majalah tu yang Cik Siti nak highlight sikit katanya 'andai si dia tak lokek beri hadiah mewah kat kalian apa salahnya kan nak bagi IPhone kat si dia pulak'. Dimana Cik Siti ringkaskan kat sini. Kalau si dia tu kedekut ngan kalian automatik yang ke5 ni cancel

Apapapun hadiah yang ikhlas tetap lebih beerti.

Sunday, February 24, 2013

Ibu


                          بسم الله الرحمن الرحيم


Ibu. . Ibu. . Engkaulah ratu hatiku. *nyanyi*

Okey Cik Siti bukan nak cerita pasal ibu Cik Siti sebenarnya. Saja nak kongsi apa yang bagi Cik Siti kebanyakan dari kita hadapi bila berdepan dengan ibu kita. Terutamanya para gadis. Tapi benda ni tak wajib betul dan harus salah *pinjam ayat Dr. Tuah*

Masa kecik ibu adalah orang yang paling Cik Siti suka. Masuk sekolah menengah ibu adalah orang yang paling banyak mempunyai perselisihan pendapat dengan Cik Siti. Dengan mulut potpet. Aduh memang tak suka habis lar. 

Tapi dengan berjalannya masa, Cik Siti mula terasa persefahaman dengan ibu. Tapi melalui telepon je lar. Kalau face to face tetap tak berapa ngam jugak. Yang bestnya bila kononnya lar Cik Siti ni dah dewasa *lar sangat* so banyak pendapat Cik Siti yang dah tak lagi berselisih dengan ibu. Yey. Sampai sekarang ni kadang2 ibu kena jadi tukang dengar pulak potpet Cik Siti. Hah dulu kata ibu sekarang potpet telah berjangkit. 

Tapi. . Tapi lagi, betullah yang macam ada post kat FB yang depa pasal ibu tu. Alah yang cakap masa kecik sampai besaq kita dengan ibu tu. Tak tahu jugak ?? Taktau sudah! *tetiba emo kan*

Kesimpulannya kat sini bila berhadapan dengan insan yang melahirkan kita ni, kita kena banyakkan positive thinking. Kita kena analisa tiap apa yang dicakapkan kepada kita. Cik Siti pernah baca satu ayat yang cakap "kita kena dengar cakap mereka kerana mereka lebih banyak makan garam dari kita tapi tu jugak tak bermakna yang mereka selalu betul". So masing2 dah matang dah dewasakan, pandai-pandailah nak buat apa pon.

Tolong ada yang faham matlamat post panjang berjela tanpa gambar ni. Walaupon Cik Siti sendiri tak berapa nak faham sama ada hampa faham atau tak apa yang nak disampaikan

Friday, February 22, 2013

Perasmian

                                      بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan ini maka bermulalah blog ini dengan nama yang baru serta tujuan yang baru. cewah ada macam YB nak rasmikan projek tak ??
 
Selama ni Cik Siti menulis blog atas dasar trend. Takpon atas dasar merapu. Oleh itu semua post yang lalu telah dipadam dan link blog juga telah ditukar. So jadi cam blog baru lar kan. 

Cik Siti masa tengah mandi terfikir yang sia-sia Cik Siti ada blog tapi takda apa yang Cik Siti dapat. Pembaca pon dapat menyampah dan meluat ja. Jadi Cik Siti pon ubah blog ni dengan matlamat yang baru iaitu blog ni akan jadi tempat Cik Siti beletiaq. Almaklumlah nak tulis kat twitter tak boleh lebih 140 huruf, kat FB panjang2 takda sesape nak baca. Kat blog boleh tulis berjela-jela seperti yang dimahukan dan kalau takda sesape nak baca. . . lantaklah. Muahahaha.

Blog ni pada masa akan datang akan membincang kan topik topik hangat. Okey lakonan semata mata. Blog ni nanti sebenarnya hanya akan dipenuhi dengan semua pengalaman, pandangan Cik Siti mengenai kehidupan atau apa apa saja isu yang Cik Siti rasa tak puas hati atau bertentangan dengan pendapat Cik Siti. Mungkin topik yang Cik Siti setuju hanya akan ada sikit ja kot. Nak buat macam mana virgo memang seorang pengkritik. Eh yeke??

Ni nak habaq, Cik Siti ni suka sangat dengan sastera. Kau bagi lah puisi jenis apa pon, pantun pon, cerita zaman dahulu kala yang bahasa dia yang hatta segala tu. Sesungguhnya dengan mudah Cik Siti boleh faham, permudahkan.   Hampa mesti cakap "ada aku kisah". Hah memang sekarang hampa tak kisah tapi nanti time Cik Siti keluarkan bahasa bunga- bunga masa tu lah hampa nak geli lar apa lar. So Cik Siti habaq ni seolah olah precaution lar untuk sapa sapa yang tak suka tu. 

Tengok lar perasmian pon dah panjang berjela. Nak buat camna dah nama pon suka potpet potpet kan.