Friday, August 22, 2014

Cara Claim Praktikal dengan JPA

Assalamualaikum and hii..


Selalu blog ni cerita benda tak berfaedah ja. Tapi hari ini tuan tanah mendapat satu ihlam agar menyumbang sedikit ilmu yang semua orang pon dah tahu. Muehehe. Well sebenarnya timbul idea ni bila kat group whatsapp kawan sekolah rendah rupanya ramai *2/3 orang shj* yang taktahu atau tak pasti dengan claim duit ni dengan JPA. Masih teraba2 dalam gelap.

Kawan2, JPA sebenarnya berikan banyak peluang untuk kita claim. Yang lady ingat cuma praktikal dengan thesis. Yang lain sila lar revise balik korang punya lampiran2 yang JPA kasi masa dapat tawaran tu ye. Lady malas nak selak balik

Disebabkan lady cuma diploma maka benda yang lady boleh share hanyalah cara claim praktikal. Yang menatang lain sila lar jenguk blogger lain. Tapi kebanyakan orang tengok praktikal ni saja. Sangat rugi. Walaupon duit buat thesis 40 je kot tapi tetap duit. Boleh dapat snack plate empat pinggan tu.

Melalut ke laut sudah.
1. Ok benda pertama yang korang kena buat ialah sebelum gi praktikal amik borang claim kat hep. Berat bontot nak gerak ke hep maka search sahaja internet dan print.

2. Dah print jangan simpan dalam file saja. Baca arahan atau benda yang perlu disertakan bersama borang. Ni tak. simpan ja, dah ujung praktikal baru kalut *saya lar tu*

3. Masuk ja praktikal masa baru2 lagi kuatkan otot kaki untuk melangkah ke pejabat bos. Bagitau boss "Boss saya nak claim jpa untuk praktikal ni. Saaya nak minta jasa baik bos buat surat dari pihak bos kepada jpa memaklumkan bos tak bagi elaun kat saya ........ tapi bos surat tu saya akan minta masa ujung praktikal saya".    Mesti korang kata dah nak hujung nanti baru minta macam takleh. MEMANG TAKLEH. Plus kalau korang dapat bos garang macam cek. Takpasal ja kena sound masa hujung yang sepatutnya disambut dengan gumbira.

4. Then jalanilah kehidupan praktikal korang dengan sengsara. eh. gumbira rasa :)

5. Minggu last praktikal !!!!
Bila praktikal mesti ada punchcard kan ?? Potosted punchcard tu. Yelah dah yang asli nak kena bagi dekat lecturer lantaran kang nanti lecturer tak caya kaat korang dah penat lelah praktikal. Salinan tu suruh bos sign. Kalau 6 bulan 6 kali lar bos kena sign. Setiap salinan tu kena sign ok. WAJIB ADA COP. Rajin kanlah diri menawarkan diri nak tolong cop agar tangan bos terhindar dari cramp.

6.  Jangan lupa minta surat yang korang dah pohon pokok masa awal praktikal dulu. Kalau bos kata sibuk, jawab kat dia.. "Tapi bos kan dari awal saya praktikal lagi saya dah minta"   Kalau berani lar. Tapi kalau takut tapi nak duit maka beranikan diri sebab memang korang dah minta pon.

7. Pastikan borang lengkap dengan sign korang, dekan atau ketua jabatan belajar korang serta bos.

8. Dah boleh hantar..

9. Tunggu dengan tenang, nanti dapat msg dr dari bank islam kata duit masuk *saya guna samrtsim dari bank islam*

p/s: Please lar claim, banyak kot jpa bayar untuk sehari.   Lagi satu max boleh claim sepanjang belajar 90hari ja. Kau belajar gi lar berapa tahun pon max boleh claim 90hari praktikal ja.    dan.... terasa macam post ni banyak gila perkataan praktikal :\

No comments:

Post a Comment

komen2 lar ye..n_~