Saturday, October 5, 2013

20-an

Assalamualaikum and hi..

Sekarang musim exam. Well disebabkan ada niat nak study tapi malas so kita berbelog lar kejap kan. Lagipon sekarang banyak benda nak cerita tapi asyik malas nak update lastly dah terlupa apa yang nak cerita tu.

Akan tetapi ada satu peristiwa yang mungkin takkan dilupakan. Ulang tahun kelahiran puteri sulung Ibu Abah yang ke 20. Yey saya dah besar *nada iklan scoot emulsion*

Seperti kebiasaannya kami tak buat sambutan apa2 pon. Hadiah lagi lar takdak. Ucapan dari orang tersayang ja yang dinanti-nanti kan.

Sehari sebelum tu depan cermin tepi meja makan sambil belek rambut cakap kat Abah "Abah kakak nak potong rambut lar tengok rambut kakak bawah tak cantik"

Pastu abah pon bagi jawapan yang mengejutkan "Ikut kakak lar, kalau nak potong esok lar masa harijadi kakak"

Terus menjerit dengan ibu sekali terkejut sebab abah ingat befday titew. Abah ni jarang nak ingat tarikh tapi kami family tak kisah sebab tahu abah syg kami.

Maka nya pada hari tersebut potong lah rambut ku ini buat pertama kali nya. Dah tak boleh jadi kakak Rapunzel lagi dah.

Lagi satu surprise abah bagi.... Abah suap makan pakai tangan buat pertama kalinya selama anak abah ni umur 20 tahun. Ibu macam wowwwwww.

BTW cerita hari lahir ni mungkin tak seseronok cerita orang lain tapi sudah cukup memberi kesan kepada anak rantau ni.

Sunday, September 8, 2013

Motivasi Form 4 2013 a.k.a REUNION 3rd Batch

Assalamualaikum and hi~

WARNING : KARANGAN 984pp

Perkara dah sebulan berlalu sekarang baru nak hapdet sebab malas punya pasal. 23 Ogos 2013 hari tu kami buat program motivasi untuk form4. Bukan motivasi sangat pon tapi macam sharing pasal kos yang kami amik kat u. Almaklumlah masing2 nak kos yang pelik2 kan. Program ni ekceli dah plan sejak hampir saetahun sebelum jugak lar.

So sebenar nya tarikh ni adalah lebih kurang dua minggu lepas raya. Kami kena pergi sebelum isyak kumpul kat sickbay maktab sebab after isyak tu akan ada short meting. Tetapi adalah sorang hamba Allah ni terlebih semangat.. Pukul 10 pagi dah terpacak kat sickbay. Sempat lar tido sampai pukul 3 camtu. Orang lain time tu bukan takat batang hidung, bayang pon tak nampak.

Dalam pukul 3.30 camtu budak laki ajak keluar aneka Jitra nak cari cenderahati katanya. You know what ? Ingat ada lar budak perempuan lain tahu2 sorang je. Emm layan je lar ikut pastu minum segelas air oren yang sejuk tanpa ais free tapi sampai sejam jugak lar kot.

Tetibe dapat call geng dari peneng 5 kereta dah sampai dan diorang gi beraya umah cikgu Normah. Apa lagi kami turut jugak. Time tu nasib baik dah ada sorang budak perempuan dah sampai. Bayangkan 5 6 kereta tapi budak perempuan 2 orang je. Malu beb tapi nasib mekap tebal. Muehehe.

zoom sendiri kalau rasa gambar ni micro. Almaklumlah gambar tin sardin

Time tu sebenarnya genap 24jam takmandi tapi lek2 beruk je. Balik dari meraya tu mandi habis laju ni tapi tetibe dengar dekat speaker "mana akak berdua tu". Okey malu ai. Mandi habis laju dah tu. Yang terasa sangat sebab komfem lar berdua yang dimaksudkan berdua yang pergi raya tu.

muka bajet dengar taklimat dengan tekun

Malam tu short meting kami bahagi group untuk sesi sharing je pong.

pagi hari berkenaan; kuliah subuh dan breakfast !

Setup tempat

ketibaan gadis kuparian


first slot

Pagi tu mula dengan talk oleh Najmi. Tajuk nya halatuju sebelum dan selepas SPM. Dulu masa batch kami Cikgu Samsudin yang bagi sekarang Najmi amik alih. Pastu ada forum. Masa forum takda gambar sebab duduk belakang. Forum tu ahli panel cakap pasal laluan yang diorang pilih after SPM. Ada asasi, A level, matrik,SPC. Takde diploma. Yang ti memang tak puas hati. Kecik hati tite diploma takde.

After tu semua ada sesi sharing. Student pergi dekat group yang diorang rasa diorang minat.

my group

Lepas tu tetibe cikguu kaunselor nak jugak kami buat slot dengan form5. Tapi slot Q& A je lar. After that sesi bergambarrrrrr
1/3 dari jumlah batch. 2/3 dari yang hadir :)

sebahagian ahli homeroom


Habis je bergambar kami berbincang siapa yang balik malam tu siapa yang tak, nak stay mana semua sebab ekceli malam tu ada dinner. Akhir sekali kami semua ke rumah Cikgu Ros. Terima kasih sangat pada cikgu2 yang tolong kami malam tu. Sangat takkan dilupakan

15 buah kereta dan beberapa biji motor parking kat rumah cikgu ros

kat rumah cikgu. eden takdo sebab malu

BERSURAI :')

Monday, August 19, 2013

Physio On Air

Assalamualaikum and hi everybody...

Today i would like to present about our program at Rumah Seri Kenangan (RSK).


Hari ni si penglipur lara ni akan berusaha menulis dalam kronologi yang betul.

Pertama sekali proogram ini dinamakan Physio On Air. Kenapa On Air ?? Bukan sebab masuk radio ke apa ka tapi sebab kami keluar dari PAlam (Puncak Alam). So dia jadi macam on the air gitu. Padahal naik bas je cuma perasaan tu yang macam on air. Program kali ni jadi peserta je sebab zaman menjadi ajk sudah tamat sejak semester3. Program memakan masa selama hanya satu hari di rumah orang tua Seri Kenangan, Cheras.

Dimulakan cerita kami dikehendaki berkumpul di bus stop Angsana pada jam 4.45 PAGI dan dijangka bertolak 5PAGI. Imagine that. First word yang keluar bila tahu perkara ni ialah APA???? AWAL GILA ! Nak dijadikan cerita malam tu tak boleh tidur, pukul 2 dok kukaih2 lagi atas katil padahal pukul 4 dah nak kena bangun. Then taktahu macam mana boleh terlelap. Tiba2 fon bunyi kawan call... Tengok jam 5PAGI !! hah amik kau orang dah berkumpul kau baru bangun. Apa lagi dengan ekspress rakyatnya seterika tudung, mandi dengan pantasnya. Pakai tudung pon tak sempat pin... Masa untuk marathon. You know what ? I lari dari bangunan R4 sampai ke bus stop angsana dengan lajunya. Padahal memang seumur hidup alergik dengan lari. Selalu cool je. Dah jadi camni amik kau. Jauh nya antara bangunan ni ada dalam 500meter kot. Ke lebih. Hah dah jadi kerja pagi2 hari berlari.

Tapi nasib baik sebab elok sampai bas masih dalam get ready untuk bergerak. Jam menunjukkan 6pagi waktu Malaysia. Fuhh time tu naik bas baru amik nafas balik then pin kan tudung and kasut and what so ever kasi kemas. Kami semua solat subuh di tol mana entah. Time tu hujan agak lebat jugak lar. Kami sampai RSK dalam pukul 8.30am kot. Ada kawan cakap kami sampai 7.30am. Masa sampai tu semua mamun2 tu yang keliru sampai sekarang taktahu waktu sebenar kami sampai. Bila dah turun tu terus dapat makan. Serta merta lar senyuman terukir di wajah :)

turun ke kawan asrama penghuni


Lepas tu kami ada briefing sikit dari pengurus RSK then program pon bermula : 8.30am. Kami kena approach pakcik2 and makcik2 tu ajak diorang join first aktiviti kami which is health screening. Ada check BMI, blood pressure, MMSE (untuk check cognitive/ kefahaman) dan setiap orang diberi counsaltation :)


semua yang takjaga kaunter kena cari and bawak pakcik or makcik

BP kaunter. sebelah tu BMI belakang tu caonsaltation kaunter


10.30am aerobik akan dimulakan sekali lagi kami kena panggil pakcik2 and makcik2 tu yang mana dah menghilangkan diri lepas screening untuk datang aerobik pulak. Masa warming up semua elok lagi sampai 10minit kemudian dah jadi kareoke time sebab semua warga kat sini ligat nak menyanyi. Berebut tahu nak pegang mike.

warming up. masih cantik

antara peserta nyanyian. makcik ni pandai buat persembahan


Lepas habis bergumbira bagai kami yang hadir ni diberi tugasan untuk buat sedikit risk fall test untuk warga kat sini. Kami jugak kena buat survey tentang life diorang. Habis semua dah tengahari.

menunggu majlis penutup


Petang kami cuma diarahkan untuk mengedar cenderahati kepada semua penghuni. Selesai semua dalam pukul 3.30 mula majlis penutup dan sesi bergambar. Lepas tu balik.Semua pon mata dah takboleh bukak. Naik bas semua terus hanyut.

untuk VIPs

persembahan dari muhajirin

no caption

gambar beramai2 bersama sebahagian penghuni RSK

sempat aja sebelum balik


Cerita belakang tabir dari program ni ada jumpa makcik yang sanggup kena halau demi peluk islam, ada jumpa pakcik yang buta tapi sangat bersyukur dengan kehidupan beliau and he enjoys his life very much. With all of cerita belakang tabir banyak buat terfikir balik tentang kehidupan diri sendiri dan mengkaji untuk mengambil mana yang baik mana yang buruk


SEKIAN

Thursday, August 1, 2013

Cerita sebalik balik kampung yang seronok

Assalamualaikum and hii..

Taksampai lagi 24 jam akan pulang ke pangkuan bonda ayahanda dan adinda. Dah hampir ENAM BULAN tak balik. Kalah kawan2 yang study kat overseas. Tapi ni lah nasib orang tak pandai dan orang susah. Terpaksa berkorban. Suka tak suka memang kena bekorban. Nak menangis dah tak larat nak menangis dah bab bekorban ni.

Ok tutup cerita sedih. Sekarang kita pikir balik ye anak2. Tapi takleh seronok dulu. MAcam semester yang lepas2 selalu jadi konflik sebab jumaat yang takde kelas, time jumaat last sebelum cuti raya tu jugak lah lecturer nak baut kelas ganti. AlhamdulliAllah tahun ni tak jadi masalah macam tu, tapiiiiiii ASSIGNMENT banyak gila yang due date dia hari last kelas lar. Tu takpe lagi, paling parah esok dah nak balik hari ni lecturer boleh lagi bagi ketas mahjong "balik ni buat tajuk acynotic heart disease esok present, ptg awk gi lab siapkan play therapy awak" OMAIIIIIIII..... Tuhan je tahu betapa takde hatinya nak buat, tapi well for me the more pressure i get the more i perform. Macam pasal ketas mahjong tu, takpenah2 seumur hidup buat mind map, boleh siapkan mind map yang for me cantik tak tahu lar orang lain. Tapi serius esok kalau ada yang komplen boleh nangis jadinya.

Masalah lain bila nak balik ialah baju baru nak dobi. Ini takyah cakap lah bila nak balik ja taknak cuci baju pakai tangan, nak hantar dobi dua ringgit. Takpe2 takde masalah, yang masalah nya malas nak gi kutip balik memangdang kan tempat dobi tu jauh. Jangan lupa ambik terus balik sudah. Mau berkulat baju tu terperuk seminggu.

Masalah terakhir : Disebabkan malam sibuk siapkan esaimen sampai pukul 2.10 pagi then update blog sampai hampir pukul 3.00 pagi then nak tido kejap. Pukul 5 bangun sahur. After that lar kot baru nak packing barang balik. Ini akan menyebabkan ada ja nanti bila dah sampai Kedah yang akan cakap "alaaaaa itu tak bawak balik ini tertinggal.


moral of the story : Jangan suka last minute ya anakanak. Kalau diri sendiri ni bukan taknak berubah, dah cuba dah tapi tak boleh *alasan klise*